in

Zahirah MacWilson Ditegur, Sanggup Buat Adegan Merokok Demi Watak Walau Tak Suka

Zahirah Macwilson Ditegur Adegan Merokok

Drama Metro Crime Series yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan dikatakan banyak memaparkan adegan merokok.

Perkara itu menyebabkan pelakon utamanya, Zahirah Macwilson ditegur kerana dilihat secara terang-terangan melakukan amalan gaya hidup tidak sihat.

Menurut Komuniti Kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu kenyataan di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu terpaksa melakukan adegan merokok demi menjayakan watak tersebut.

Artikel berkaitan: Drama Metro Crime Series Jadi Sebutan, Tapi Ada Penerbit Kurang Senang Dengan Pemilihan Pelakon?

Screenshot 2024 07 02 144742

“Agak menyedihkan situasi di Malaysia apabila pelakon Zahirah Macwilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut.

“Kepada semua pelakon dan pengiat seni, teguhkan prinsip dalam kerjaya dengan meletakkan garis sempadan dalam hasil kerja anda.”

Dalam pada itu, PHM turut membandingkan industri hiburan tempatan dengan Korea Selatan yang jelas mengharamkan adegan merokok di televisyen.

“Kejayaan industri K-drama di Korea Selatan merupakan fenomena budaya dan ekonomi yang hebat.

“Ini didorong oleh produksi yang berkualiti, lakonan yang berkesan serta menggunakan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

“Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama. Ini membuktikan untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi,” katanya.

Screenshot 2024 07 02 144500

Terdahulu, penerbit drama itu, Datuk Saniboey Mohd Ismail memuji tahap profesionalisme Zahirah kerana sanggup melakukan sesuatu yang tidak disukainya demi memenuhi tuntutan watak.

Screenshot 2024 07 02 144614

Menerusi komen balas dari postingnya, dia mengiyakan komen seorang pengguna yang mengatakan rokok yang digunakan pelakon merupakan rokok palsu yang tiada kandungan nikotin.

Sumber: Facebook, X