Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa Presiden Barisan Nadional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya mewakili parti untuk membuat rundingan dengan mana-mana pihak kerana dianggap jadi punca BN kalah teruk.
Malah beliau menyatakan bahawa, Zahid tidak boleh membawa mendapat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi BN, lapor Kosmo!
Sebarang keputusan Presiden tanpa proses ini dikira tak sah
Menurut beliau lagi, apa-apa keputusan daripada seorang Presiden harus mendapatkan proses persetujuan itu atau ia dianggap tidak sah dari segi perlembagaan parti.
“Sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Presiden untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya, kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.”
“Beliau yang telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya antara punca kekalahan teruk BN, tidak sepatutnya mewakili parti untuk berunding dengan mana-mana pihak.”
Onn Hafiz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengingatkan Zahid untuk menghormati pendirian parti yang dilaungkan sebelum ini.
“Keputusan terakhir UMNO adalah tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar dan DAP. Marilah kita terus bermaruah dan berprinsip walaupun diuji dengan kekalahan. InsyaAllah ada hikmahnya.”
Dalam pada itu, beliau juga memohon dan merayu agar Zahid Hamidi meletak jawatan secara terhormat pada kadar yang segera.
Sebelum ini, Zahid Hamidi menafikan berbincang dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN).
Malah, hari ini, telah diputuskan bahawa Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah setuju untuk membentuk kerajaan bersama di Pahang & Perak.
Baca : [TERKINI] PH & BN Setuju Bentuk Kerajaan Bersama Di Pahang & Perak