“You mesti hot inside out” – Remaja Takut Pergi Sekolah Lepas Dapat Surat Cinta Dari ‘Secret Admire’ Psiko

Bila tahu yang kita ada peminat, ia boleh jadi satu perasaan yang menyeronokkan atau ia boleh juga jadi pengalaman yang menakutkan.

Pada 9 Januari lalu, seorang remaja bernama Syawal telah memuatnaik gambar ke Twitter menunjukkan dia telah dapat surat cinta dari peminat rahsianya.

Di dalam surat ini, gadis yang mengenalkan diri sebagai kekasih Syawal ini telah meluahkan rasa sayangnya kepada Syawal.

Tempah bilik kat mandarin oriental, boleh tidur together.”

Di bawah kaki surat, gadis ini turut beritahu yang dia dah spray beg Syawal dengan minyak wanginya. Omg!

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Syawal sekali lagi memuat naik gambar surat kedua dari peminat rahsianya itu.

Tapi kali ini lebih dahsyat lagi, beserta dengan surat itu, peminat remaja tersebut turut mengepilkan gambar Instagram Syawal dengan muka kawan perempuannya yang telah diconteng-conteng dengan pen berwarna merah.

Menurut surat tersebut, peminat Syawal ini tak suka bila kawan perempuannya itu sering komen memuji gambar-gambar Syawal di Insta. Peh seram!

Btw i tak gilalah i betul sayang from the bottom of my heart.”

Bersama gambar ini, Syawal turut meletakkan status yang dia takut nak ke sekolah. Mau tak takut kalau dah sampai conteng-conteng muka macamtu.

   

Netizen yang membaca surat dari peminat rahsia Syawal ini turut meluahkan rasa takut mereka dengan tindakan berani gadis tersebut.

Tak kurang juga ramai yang memuji tulisan gadis misteri tersebut.

Tapi yang peliknya, kenapa sibuk sangat nak jumpa dekat tandas lelaki. Ke sesuatu ni? Hmm

 

Baca: Seram! Pemandu Grab Psiko Tak Pasal-pasal Bawa Gadis Lalu Kawasan Perkuburan Pukul 1 Pagi

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson