Sebelum ini kecoh tentang etnik Rohingya dinegara ini yang dikatakan semakin melampau.
Lebih menjadi-jadi bila ada dakwaan mengatakan Presiden Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani, menuntut beberapa ‘kelonggaran’ diberikan kepada pendatang Rohingya.
Antaranya :
Malah lebih mengejutkan, apa bila kecoh di media sosial tuntutabhak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya dan menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia.
Perkara itu nyata mendapat tentangan hebat rakyat di negara ini yang menyifatkan etnik tersebut sebagai melampau, malah di media sosial kelihatan ramai yang mengecam tuntutan etnik tersebut.
“Saya mohon maaf, yitu simua fitnah…”
Terbaru Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani ada memuatnaik satu video memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menjelaskan keadaan sebenar.
Apa yang tuduhan mengatakan melayu bodoh, hak sama rata dgn rakyat malaysia, tuntut hak kerakyatan penuh rohingya, langgar pkp, malaysia tolak bot mendarat..
Itu semua tuduhan palsu, fitnah.
Jelasnya lagi akibat daripada itu dia menerima ancaman bunuh yang katanya datang dari rakyat Malaysia sendiri.
Akibat tuduhan ini palsu, saya telah terima pelbagai ugutan termasuk bunuh melalui telefon, whatsapp, fb
Ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat malaysia walaupun usaham mehrom utk bantu pelarian dalaman masa PKP telah dihentikan akibat tuduhan palsu.
Malah dia juga memohon maaf dan memaklumkan segala apa yang kecoh di media sosial sebagai tak benar dan tidak dilakukannya.
Video penuh korang boleh tengok kat bawah.