Walaupun Sajat telah berhijrah dan menjadi penduduk tetap di Australia, ramai netizen di Malaysia masih lagi follow rapat perkembangan founder ini. Lebih-lebih lagi bila Sajat juga aktif komen tentang isu-isu yang berlaku di sini bila buat live di TikTok.
Baru-baru ini, Instagram Sajat kembali menjadi perhatian ramai selepas dia memuat naik gambar-gambar seksi menunjukkan dia mengenakan pakaian dalam.
Ini kerana, Sajat yang juga merupakan ahli perniagaan baru-baru ini telah pun mengeluarkan lingerie sebagai produk perniagaan terbarunya.
Jelasnya tindakan Sajat menggayakan pakaian dalam ini membuatkan ramai pengikut-pengikutnya kurang senang. Malah, seorang netizen telah meninggalkan komen mengatakan tindakannya itu telah memalukan ibu bapanya.
Ekoran kecaman yang diterimanya ini, Sajat telah membidas “tuduhan” yang dilemparkan oleh netizen tersebut.
Menurut Sajat, disebabkan dia sekarang founder pakaian dalam, dia perlu menjadi model. Katanya, dia mengambil keputusan begini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anaknya.
Jangan fikir macamtu, saya founder lingerie sekarang. Kalau saya tak jadi model siapa lagi. Saya single, saya suka kerja saya, bab agama jangan dikaitkan. Saya cari rezeki untuk anak-anak.”
Tambahnya lagi, selepas berpindah ke Australia, dia juga struggle untuk membiayai kehidupannya di sana. Sajat juga turut menegaskan yang ini merupakan cara dia berniaga dan meminta orang yang tak suka untuk jangan tengok.
Saya bukan duduk dekat Malaysia, saya dah jadi permanent resident Australia. Saya bukan jual tubuh, saya jual pakaian dalam.
“Fikir secara orang berniaga, jangan bercakap ikut nafsu. Biarlah saya nak buat apa pun. Saya berniaga cara saya. Yang pasti saya ada guide line saya. Yang penting saya bukan penyondol. Gittew.”
Selain itu, ada juga beberapa netizen yang meminta orang berhenti menghina Sajat dan menegurnya dengan cara yang sopan.
Baca: “I’m Australian now” – Muat Naik Gambar Seksi Promosi Pakaian Dalam, Sajat Tak Kisah Dikecam