in

“Yang penting doakan akak cepat dpt zuriat” – Brader FoodPanda Terkejut Pelanggan Bagi Tip RM1,000 Dalam Sampul Angpow

Ft Tiprider1K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang tengok penghantar makanan rasa kesian kan sebab dorang redah hujan, panas demi kerja. Sebab tu ramai pelanggan memilih untuk memberikan sedikit tip buat geng-geng rider ni.

Tapi, seorang penghantar makanan baru-baru ini terkejut dan tak sangka pelanggannya memberikan dia sejumlah wang yang banyak sebagai tip.


Menerusi group FoodPanda Rider Malaysia, Muhammad Faris Faizul berkongsi tentang kisah yang dilaluinya pada 21 Februari lepas. Menurutnya, sewaktu menghantar pesanan pelanggannya berpesan supaya dia mengambil sampul yang ditinggalkan.

Rider 1

Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih ? syukur dalam gembira pon ade tadi??????.. sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu..??????.”

Menurut wanita tersebut, dia telah meninggalkan sampul yang telah diisi dengan wang sebagai tip dan diletakkan di atas sebuah meja berwarna putih.

Tip1

Tip3

Makanan yang dipesan juga diminta agar diletakkan di atas meja itu, yela memang sekarang digalakkan contactless kan. Selepas selesai tugasnya, Faris hantar mesej dan maklumkan kepada pelanggan itu. Namun sebaik dia membuka sampul, terkejut melihat wanita tersebut memberikan dia tip sehingga RM1,000.

Kak, betul ke ni? Tak main-main kan? Sebab ada RM1k tu.”

Tapi, apa yang dikatakan pelanggannya itu menyentuh hati kerana dia memang sedekah wang sejumlah RM1,000 dan hanya meminta untuk doakan dia dikurniakan zuriat.

Ye dik, rezeki adik. Doakan akak dapat zuriat. Nanti kongsilah dengan kawan-kawan dik ye. Minta dorang doakan akak semoga cepat dapat zuriat. Ok hati-hati.”

Tip2

Tip4

Faris yang terharu dengan kata-kata itu berkata dia akan mendoakan wanita tersebut dan melalui posting di group berkenaan, dia turut mengajak agar rakan-rakan rider sama-sama panjatkan doa.

Baca: “Nanti saya masuk tabung masjid kak” – Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, Marah Makanan Dihantar Tak Cukup

Ft Tiprider

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.