Bila dengar perbualan antara seorang ustaz dengan dukun ini, pasti membuatkan kita akan jadi lebih berhati-hati daripada menayang kebahagiaan diri dan rupa kita di media sosial.
Daripada video yang dikongsikan TikTok @aamer7997 ini, seorang ustaz menyamar ingin menggunakan ‘perkhidmatannya’ untuk berpisah dengan isteri kedua.
Caj RM 600, dalam masa 2 3 jam, isteri marah-marah dan minta cerai
Pada mulanya ustaz ini berpura-pura menyatakan bahawa dia tak suka kepada isteri kedua dan mahu ‘tundukkan’ isteri pertama sebab degil, selepas mendengar permintaan daripada ustaz ini, caj yang dikenakan cuma RM 600 sahaja. Fuh! Dengan nilai banyak tu dia nak musnahkan hidup seseorang.
“Kamu hanya perlu tunggu 2 atau 3 jam setelah saya ‘kerjakan’, kesannya nanti langsung marah-marah isteri yang kedua, lepas dia marah-marah sama kamu baru dia minta cerai sama kamu, kalau isteri yang pertama, dia akan minta maaf dan dia akan tunduk sama kamu juga,” jawab bomoh tersebut apabila ditanya mengenai jaminan keberkesan sihir pemisah jika dia bayar sejumlah itu.
Lebih membimbangkan lagi, bila ditanya mengenai hal ‘berubat’, bomoh tersebut memberi jaminan bahawa ‘sihir’ itu tiada penawar. Malah, bomoh itu juga meminta ustaz ini untuk tidak memberitahu kepada orang lain atas perbuatannya supaya ‘tak makan diri’.
https://www.tiktok.com/@aamer7997/video/7067429219940306203?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dalam video kedua, ustaz ini juga ada bertanyakan cara nak ‘kenakan’ si mangsa dan jawapan bomoh itu adalah…
“Yang penting ada mukanya.”
Selain gambar muka yang jelas, nama si mangsa sahaja sudah memadai untuk dia ‘buat kerja’ dia. Bomoh itu turut menjelaskan bahawa sudah ramai orang Malaysia menggunakan ‘perkhidmatan’ dia.
Selepas mematikan telefon, ustaz ini berpesan kepada orang ramai bahawa dia tidak menafikan yang ramai orang menjadi mangsa sihir, hanya menerusi gambar dan nama penuh si mangsa sahaja.
Dia turut mendedahkan ramai instafamous terkena gangguan, namun dia enggan untuk dedahkan identiti mereka.
Oleh itu, ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Shafiq Mujahid ini menasihati orang ramai agar sentiasa berselawat agar diri terhindar daripada perbuatan sebegini.
https://www.tiktok.com/@aamer7997/video/7067451550339190042?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Mendengar perbualan mereka ini, ramai netizen yang bimbang dan takut, bahkan, ada juga yang pernah alami perkara yang sama akibat hasad dengki seseorang.
Tambahnya lagi, selawat 7 ke 11 kali selepas solat itu sudah memadai, jadi kita pun jauhkanlah daripada perbuatan syirik sebegini. Malah, pengajaran yang kita dapat juga agar berhati-hati dalam kongsikan sesuatu di media sosial.