Baru-baru ini, viral sebuah video di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang individu yang menunjukkan seorang wanita hamil terjatuh ketika menunggang kuda.
Beberapa individu dilihat mengerumuni wanita tersebut selepas terjatuh ke atas tanah dan ada netizen yang turut bersimpati dengan keadaannya serta kandungan.
Namun begitu, lebih ramai yang mengkritik wanita tersebut bukan saja kerana melakukan aktiviti berisiko ketika sarat hamil tetapi juga mereka turut tertanya bagaimana dia boleh melakukan aktiviti sebegitu ketika PKP.
“Saya okay je…”
Menurut mStar, wanita yang hamil tujuh bulan itu bernama Cik Puan Azila atau mesra dipanggila CPA dan dia telah pun tampil memberi penjelasan.
“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda, tergelincir sebenarnya, tiba-tiba viral di media sosial. Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Saya faham mungkin sebab saya tengah sarat 7 bulan.”
Sebab tu ramai yang risau. Alhamdulillah saya okay je tak ada yang serious setakat ini. Syukur kepada Allah.”
Tak terganggu emosi baca kecaman netizen
Menurut CPA, selepas mendapat tahu video itu viral dia sendiri ada tengok conversation netizen di Twitter termasuklah mereka yang mentertawakan serta mengentamnya.
“Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan di Twitter. Kali pertama kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen.Ada yang kata sendiri cari pasal, sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah.”
“Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat. Yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya. Alhamdulillah terima kasih.”
“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati. Macam dalam video tu sebenarnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa.”
“Menunggang kuda semasa mengandung ni sebenarnya bagus, bantu betulkan postur badan ibu hamil dan mudahkan proses bersalin juga. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership atau sifat kepimpinan.”
Tonton video di bawah:
Rajin dia pergi ride time pregant. Admin dulu pregnant nak bangun ambil remote pun malas…
Baca: “Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen