in

“Yang macam ni patut kena kompaun 10k!” – Geng Basikal Buat Hal Lagi, Kali Ni Berkayuh Di Saloma Link

Fi Basikal

Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend terbaru bagi rakyat Malaysia dengan menjadikan ibu kota antara salah satu laluan untuk melakukan aktiviti rekreasi itu.

Sering juga kita lihat, bahawa geng-geng basikal ini berkayuh dimana-mana sahaja. Sambil menyihatkan tubuh badan boleh cuci mata kan?

Individu berbasikal buat hal

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai beberapa individu yang dilihat ‘selamba’ berbasikal di atas jambatan pejalan kaki Pintasan Saloma atau Saloma Link. Malah ketika itu dikatakan ramai pengunjung yang berada di tempat tersebut.

Basikal

Walaupun dah terletak papan tanda peringatan yang melarang aktiviti menunggang basikal, tapi masih ada juga yang berdegil.

Sedangkan di kawasan itu penunggang diminta untuk menuntun sahaja basikal mereka di sepanjang laluan itu.

 

Basikal 2

Malah di Instagram juga, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menekankan terhadap bahaya jika aktiviti itu dilakukan di tempat itu.

“Di Pintasan Saloma tidak boleh menunggang basikal kerana ia mungkin boleh membahayakan keselamatan buat pejalan kaki. Sebaliknya anda hanya perlu menolak atau menuntun basikal sahaja demi keselamatan pengguna yang lain,”

 

https://www.instagram.com/p/CH4-BTeHEug/

 

“Ni kena bagi saman RM 10k”

Meninjau ke ruangan Facebook PKB pula, rata-rata netizen geram dan marah terhadap tindakan yang tidak prihatin oleh beberapa individu tersebut.

Reak Basikal 2 Edit

Reak Basikal 1 Edit

Reak Basikal 3 Edit

Reak Basikal 4 Edit

Berbasikal tu memang tak salah, tapi korang jangan pula abai peraturan tau. Takut nanti orang sekeliling pula menanggung akibatnya. Take note ya!

 

Baca : Geng Basikal Dilihat Kayuh Berkumpulan Masa PKP, Netizen Hanya Mampu Geleng Kepala

Foot Basikal