Admin rasa inilah pertama kali dalam sejarah, rancangan Dewi Remaja terpalit dengan isu seberat ini.
Selepas meletup dengan kontroversi video minum arak dan berparti di kelab malam, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee, lapor Remaja.
Pihak penganjur adakan sidang media khas, sudah muktamad dengan keputusan
Pengumuman penarikan ni telah dilakukan oleh pihak NU Ideaktiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja sebentar tadi. Sidang media ini jugak boleh ditonton live di page Facebook Remaja.
https://www.facebook.com/majalahremaja/videos/225016805045044/?__tn__=%2CdkC-y.g-R&eid=ARA4TzM2x4D62u6dPSU1syCB9p2arw2oB2Ln5Lz0_Q5fYm4u0ZdfrDNa7fQcGanTcon6LNrr_Lx7ezPw&hc_ref=ARQ-JPXzGI-ybu4PxF2EjTckdKTSwaU5rotZLQ0OK2zGaqWpfkuOkqY1A85iXybSNo0
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikkan gelaran tersebut dah dibuat lepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati Haneesya telah melanggar syarat penyertaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi.
“Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sesi live di Remaja.
Ernisha dan Fazreen tak boleh lagi guna gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’
Bukan saja Haneesya yang ditarik balik gelaran juaranya, peserta Ernisha dan Fazreen juga menurut Faiz tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
Bagi yang masih tak tahu, bukan Haneesya je yang ada di dalam video tu. Ernisha dan Fazreen pun ada sama tau. Malah lebih mengejutkan, imej hijabista Ernisha tu dah puff ‘hilang’. Erkk!
Tiada gelaran Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee minta peluang kedua
Jadi dengan penarikan gelaran bagi tahun ni, ini bermakna tiada lagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di tempat kedua bagi pertandingan ini. Dia bersama-sama Aween Ismail, Arena Iman dan lain-lain akan bawa nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti diadakan nanti.
Menjawab isu kontroversi yang melanda dirinya, Haneesya mengaku berasa kesal dengan apa yang berlaku dan meminta netizen henti menyalahkan ibunya yang menjadi tulang belakang dalam kerjayanya selama ini.
“Semua perkara yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Hanee. Hanee akui tiada manusia yang sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini akan dipikul oleh Hanee. Hanee meminta diberi peluang kedua.
“Hanee ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada,” katanya.
“Kejap je Allah SWT nak tarik nikmat”
Rata-rata netizen bagaimanapun memberi reaksi berbeza-beza mengenai isu ini. Ada yang mengecam, menyokong dan ada pulak yang anggap ini satu pengajaran besar buat mana-mana peserta di masa hadapan.
Admin mendoakan semoga Haneesya tabah menghadapi dugaan ini dan jangan lagi ulangi kesilapan lampau. Bina nama semula dan rezeki yang baik pasti akan datang untuknya.