Baru-baru ini, tular mengenai seorang pempengaruh melabel beberapa jurusan seperti Komunikasi Massa (Masscomm), Teater, Muzik dan Tarian sebagai bidang yang tidak bijak dan tidak mempunyai manfaat untuk diambil.
Malah, dia juga mendakwa tujuan pelajar yang mempelajari bidang-bidang yang disebutnya itu adalah hanya mahu bersuka ria.
Kenyataan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan netizen terutama bagi penuntut jurusan berkenaan termasuklah beberapa orang selebriti.
Artikel berkaitan: “Habis degree susah nak dapat kerja” – Netizen Saran Elak Ambil ‘Pure Science’ Lepas SPM Sebab…
Artikel berkaitan: Trending Sebab DMA Islam, Lelaki Kongsi Maksud Disebalik Gaya ‘Alpha’ Di TikTok
Pensyarah sekolahkan pempengaruh
Terbaharu, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi fakulti berkenaan tampil bersuara mengenai perkara tersebut.
Pensyarah Sir Nur Najmi Muji ketika dihubungi stesen radio Kool 101 berkata, dia berasa berang ketika menonton video terbabit.
Ujarnya, individu itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang jurusan Masscomm. Katanya lagi, apabila kurang pengetahuan, mulalah individu itu memandang rendah dan tidak berfikir panjang pada bidang orang lain.
“Pertama sekali, sah-sah budak ini tak ada ilmu pengetahuan. Bila dia keluarkan perkataan yang dia sebut itu sebenarnya dia tak tahu apa-apa.
“Apa yang pelajar (masscomm) belajar memang banyak (sebenarnya),” katanya.
Tambah Najmi, dia teringin sekali memberikan tunjuk ajar tentang pengajian komunikasi media kepada pempengaruh itu.
“Saya rasa saya nak bagi dia masuk sekolah (kelas) saya dan nak bagi tahu masscomm itu apa.
“Yang dia guna media sosial itu apa? Apa kepentingan kepentingan untuk belajar komunikasi dan sebagainya.”
@kool101my Setiap jurusan ada tujuan dan peranannya, tapi kenapa masih ada yang pandang rendah? Dalam hidup ni, apa pun kita buat, tetap perlukan ilmu. Kalau tak ada, memang senang sangat nak ketinggalan. Macam Sir Najmi katakan, bila kurang pengetahuan, mulalah pandang rendah dan tak fikir panjang pada bidang orang lain. Jadi,kita kena hargai setiap jurusan yang ada sebab semua ada kepentingan dan peranannya dalam kehidupan 🙌🏻 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint
Dalam pada itu, Pak Nil yang juga salah seorang penyampai radio berkenaan turut beranggapan individu terbabit sebagai seorang yang tidak mempunyai ilmu tentang komunikasi.
Sumber: TikTok