in

Yana Samsudin Ambil Skrol ‘Masters’ Meskipun Masih Dalam Pantang

syaz ft 2025 11 12T160830.656

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang hari ke-30 selepas melahirkan anak ketiga, pelakon dan penyanyi, Norliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin tetap bersemangat menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke-20 semalam.

Yana hadir ditemani ibu dan suaminya, Fadhil Zahari, bagi meraikan detik bermakna apabila berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Master Eksekutif Pengurusan Korporat.


Artikel berkaitan: “Doktor minta saya rehat” – Gara-gara Robot Vakum, Yana Samsudin Kena Darah Tinggi

Artikel berkaitan: Aliff Syukri Mengamuk Yana Samsudin Pecahkan Pasu Mewah, Tapi Netizen Dakwa Hanya Lakonan?

Beliau menerima ijazah sarjana tersebut daripada Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA.

Menurut Yana, meskipun keadaan fizikalnya belum pulih sepenuhnya, beliau tetap mahu hadir sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang menempuh pengajian.

“Saya berharap kehadiran ini akan menjadi kenangan manis bukan saja buat diri saya, tetapi juga buat anak dan suami suatu hari nanti.

Sepatutnya tarikh hari ini merupakan tarikh bersalin, namun ditakdirkan bersalin awal, memberikan saya peluang untuk naik ke pentas konvokesyen dengan memakai jubah,” katanya.

Yana turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan berterusan daripada suami serta keluarga yang menjadi pendorong utama sepanjang pengajian.

“Sepanjang belajar, saya agak sibuk dengan penggambaran, urusan perniagaan dan anak-anak yang masih kecil. Namun saya kuatkan hati.

Terima kasih buat suami yang banyak membantu dan keluarga yang sentiasa menyokong,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yana turut menitipkan pesanan buat para wanita dan pelajar agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.