Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai kontroversi yang melanda pempengaruh View Chin dan Amirah Aqilah yang dikatakan terlibat dalam isu curang.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira baru-baru ini dilihat muncul dalam satu video bersama View Chin.
Dalam video yang dikongsikan View Chin di Instagram, Mira dilihat memanggil influencer terbabit dengan panggilan ‘sayang’ dan kelihatan mesra bersama.
View this post on Instagram
“Wow sekarang sudah berani”
Meskipun video berkenaan hanya sekadar content untuk mempromosi perniagaan View Chin semata-mata, ia telah menerima pelbagai komen kecaman netizen yang kurang senang dengan panggilan ‘sayang’ itu.
Rata-rata menuduh Mira sebagai ‘bermuka tebal’ dan berharap ramai yang tidak menyokong pempengaruh ini yang didakwa sebagai perosak rumah tangga Ah Moi dan View Chin.
Apa-apapun sebaiknya kita janganlah berlebihan dalam meninggalkan komen sebab video ini sekadar content sahaja. Kita doa yang baik-baik je okay?
Baca: “Dah kahwin ke?” – View Chin & Mira Live Di TikTok Bersama, Netizen Tak Puas Hati?