in

“Wow rare!” – [VIDEO] Lafaz Nikah Bahasa Jepun & Mas Kahwin Duit Yen Raih Perhatian Netizen

ft lafaz nikah jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tahu bahawa antara syarat sah bagi sebuah perkahwinan adalah lafaz akad nikah dan kebiasaannya di Malaysia kita mendengar lafaz tersebut dinyatakan dengan menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia.

Jika seseorang itu tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, mereka boleh melafazkan akad tersebut dalam Bahasa Inggeris. Tapi korang pernah dengar tak lafaz dalam bahasa lain selain BM atau BI?


Lafaz akad nikah guna Bahasa Jepun?

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki yang sedang melafazkan akad nikah di hari pernikahannya telah mendapat perhatian netizen.

@ajwadazizan

Alhamdulillah selesai pernikahan Yoshiki dan adik, semoga sampai ke syurga amiin. #nikah #jepun #japan #kahwin #fyp

♬ original sound – Ajwad Azizan – Ajwad Azizan

VIdeo yang dikongsikan oleh @ajwadazizan itu menunjukkan situasi semasa adik perempuannya sedang bernikah bersama pilihan hatinya yang berasal dari negara Jepun.

Dapat dilihat lelaki  yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman bersama bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai tanda dia menerima wanita berkenaan menjadi isterinya.

Nasib baik abang ipar pandai cakap Jepun

Selepas itu, kedengaran suara lelaki dipercayai abang ipar kepada pengantin perempuan telah menyambut lafaz berkenaan dengan menterjemahkannya semula kepada Bahasa Malaysia.

“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator. Abang ipar dua orang pandai cakap Jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” tulis Ajwad.

@ajwadazizan

Replying to @miaa. Ni view depan lagi jelas

♬ original sound – Ajwad Azizan – Ajwad Azizan

Bukan itu sahaja, perhatian netizen juga telah ditumpukan kepada mas kahwin yang diberikan kerana jumlah mas kahwin yang dibayar adalah di dalam mata wang Jepun iaitu ‘Yen’.

Screenshot 2023 01 05 151045

Netizen teruja dengan penyatuan 2 hati berbeza negara itu!

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan bangga terhadap pernikahan yang diadakan dalam dua bahasa itu dan ramai warganet yang mengucapkan tahniah di atas majlis perkahwinan Yoshiki dan isteri.

Screenshot 2023 01 05 151556

Bukan biasa-biasa ni! Tahniah kepada pasangan pengantin baru! 😀

Baca : “First time tengok” – Netizen Kagum Tengok Upacara Akad Nikah Pasangan Ini Guna Bahasa Isyarat

3nikah 758x399 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.