Memang cantik kalau ada karpet sebagai pelengkap hiasan dalaman dekat rumah kita. Tapi, pernah tak korang rasa cuak bila ada benda tertumpah atas karpet?
Kalau air tu boleh keringkan, tapi kalau benda lain yang tumpah macam serbuk makanan atau serpihan serpihan kecil. Dah susah nak kena check betul-betul dan kutip.
Tapi, perkongsian di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian kerana tips diberikan itu tidak diketahui ramai selama ini. Mendapat sehingga 4.7 juta tontonan, video itu menunjukkan tips bagaimana nak bersihkan gula jika tertumpah di atas karpet.
Secara logiknya, kalau apa-apa tertumpah dan benda tu kering mesti kita akan guna vacuum je kan nak sedut? Tapi, tips ni nampaknya lebih mudah daripada itu dan tanpa perlu guna vacuum (yela tak semua orang ada vacuum kan).
Menerusi perkongsian itu, individu itu menunjukkan step by step untuk hapuskan gula dari atas karpet. Ini langkah-langkah mudah yang korang kena buat:
- Basahkan gelas
- Gosokkan gelas yang telah dibasahkan di atas bahagian karpet yang terdapat gula sehingga bersih
Voila! Itu je, mudah kan?
Gula yang tertumpah tadi tu akan ‘tersedut’ ke dalam gelas yang dah dibasahkan dan karpet korang kembali bersih seperti biasa. Ramai netizen impress dengan video tu sebab rupa-rupanya ramai yang tidak tahu tentang tips mudah tu (termasuklah admin).
Tonton video di bawah:
@saraahmad0708 how to clean sugar off carpet without vacuum! #hack #fast #cleantok #carpetcleaner #choresinthishouse #mess
Jangan pulak korang saja-saja tumpahkan gula sebab nak try tips ni haha!