Tidak dapat dinafikan, masih ramai orang di luar sana yang suka flex kekayaan mereka, seperti mana seorang pengasas kosmetik ini yang memuat naik video reaksi jijiknya ketika diminta menaik kereta Proton Wira.
Video tersebut dimuat naik dalam TikTok miliknya, difahamkan dia baru sahaja tiba di sebuah lapangan terbang dan kenderaan yang akan membawa mereka ke destinasi seterusnya ialah kereta tempatan tersebut.
https://www.tiktok.com/@babydiraa_/video/7192820220581399834?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7184310884608542209
“Hina sangat ke Proton Wira?”
Walaupun video pendek itu dikatakan hanyalah sekadar content, namun ramai netizen yang terkesan dan menganggap tindakan founder itu menghina Proton Wira sebagai riak dan amat kurang ajar.
Malah, ada yang turut merasakan wanita berkenaan mengada-ngada serta membuatkan ramai yang tersinggung hanya kerana mereka tidak berkemampuan.
Menerusi laman TikTok founder tersebut, dia turut memuat naik video susulan yang menunjukkan dia memandu sendiri Proton Wira tersebut dan memberitahu dia ‘geli’ dengan kereta tempatan itu kerana dia tidak pandai membawa kereta jenis manual.
https://www.tiktok.com/@babydiraa_/video/7192915231767612698?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7184310884608542209
Tak kisahlah kereta apa pun, janji semuanya selamat sampai ke destinasi…
Baca: Luah Rasa Sedih Lepas Hadiah Beg Diperlekehkan, Founder Charles & Keith Ajak Gadis Ini Lunch Bersama