Semua orang inginkan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat. Tak ada mana-mana pasangan pun kalau boleh ingin bercerai atau mahukan perkahwinan yang dibina berakhir separuh jalan.
Tapi apa perasaan korang kalau hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang berakhir akibat kehadiran orang ketiga?
Tarikh anniversary dah dekat, lagi beberapa minggu saja
Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Begitulah juga perasaan wanita ini yang sempat berkongsikan kisah sedih sahabat sepejabat yang dipanggil E di Twitter.
Menurutnya, E adalah seorang senior executive di pejabat berumur 40-an. Dia juga seorang yang sentiasa menyokong perniagaan rakan-rakan termasuk servis surprised party.
Sempena wedding anniversary yang semakin dekat, E tempah kejutan untuk suami tersayang bagi meraikan hari istimewa mereka.
Sebabkan begitu sayangkan suami, E sanggup mengeluarkan duit khas untuk sambut hari istimewa ni.
Dan sebagai kawan, mestilah kita pun semangat nak buat yang terbaik untuk mereka, kan?
“Eh, nangis ke kak? Kenapa? Apa masalah?”
Dua hari lepas tempahan, tiba-tiba dia ternampak E menangis di pejabat sehingga mata bengkak macam ikan buntal.
E kata yang suaminya hendak berkahwin seorang lagi! Tapi suami dia nafikan pulak.
Lagipun E memang pernah bercerita yang suaminya berkawan dengan seorang perempuan lain. Tapi naluri wanita kan selalunya betul. Lebih-lebih lagi isteri sendiri kot!
Dan bakal isteri tu pula dikatakan seorang janda.
Dah ada cucu, miang nak laki orang!
Kesian kat E, kenapalah sanggup suami sendiri buat macam tu?
Bukannya E tak OK, badan pun masih cantik macam anak dara. Sementara bakal isteri kedua pula dah berumur 50-an, dah ada cucu lagi. Kenapa miang nak laki orang juga?
Lebih menyedihkan, perkahwinan kedua tu berlangsung pada 5 Oktober tapi si suami kata akan outstation kat Bintulu, Sarawak pada tarikh tu.
Dah kantoi lagi nak tipu?
Walaupun sebelum ni E memang dah tahu suami ada skandal dengan perempuan lain, tapi disebabkan anak-anak dia tetap bersabar.
Tapi kalau dah jadi macam ni siapa boleh tahan lagi?
Kepada mereka yang akan berkahwin, fikir elok-elok sebelum korang buat keputusan nak berumahtangga. Dah cukup bersedia atau belum?
Dan untuk mereka yang dah berkahwin, doa-doakanlah supaya perkahwinan korang kekal bahagia hendaknya. Berbincanglah sebaik-baiknya jika ada sebarang masalah.
Baca: “Suami Berpelukan Dengan Lelaki Lain, Apa Salah Saya Abang?”