in

“WHO sendiri belum sahkan” – Video Sekumpulan Petugas Di China Pukul Anjing Peliharaan Orang Sampai Mati, Alasan Bimbang Coronavirus

Corona 2

Petugas komunikis di China dilihat memukul anjing jalanan sampai mati dengan alasan takut penularan virus corona padahal WHO belum ada bukti lagi nak menunjukkan bahawa virus itu boleh dijangkiti haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Namun, biarpun belum ada pengesahan, masih ada lagi orang yang percaya bahawa kedua-dua jenis haiwan ini boleh jadi punca coronavirus tu.

 

Anjing peliharaan orang

Menerusi Daily Mail, video perbuatan kejam sekumpulan lelaki dari China itu viral di media sosial dari negara tersebut. Dilihat mereka memukul anjing malang itu dengan kayu.

Anjing jenis Labrador hitam itu dipukul oleh empat orang lelaki, kejadian ini berlaku di Wilayah Chengdu pada petang Selasa, 11/2/2020 lepas.

Dikatakan anjing tersebut tak ada menyerang sesiapa pun, dia hanya tunggu tuannya di tepi jalan ketika diserang.

Saat pemiliknya sudah tiba, anjing itu sudah mati dan petugas tersebut pun dah berlalu pergi.

24658956 7996217 Image A 28 1581528834095 24658958 7996217 Image M 27 1581528826119

Ada juga video lain yang berlaku di Yongjia, Wilayah Zhejiang yang memperlihatkan seorang lelaki memukul anjing di tepi jalan.

Petugas itu sedang memakai topeng muka dan pakai sut plastik sebagai pelindung sementara. Dia menghentak anjing itu dalam 3 kali disamping beberapa penduduk setempat hanya melihatnya..

https://www.youtube.com/watch?v=QO6ltQMlpMw

 

Petugas kena jangkit

Menurut aktivis haiwan, kejadian itu berlaku sehari selepas insiden yang pertama tadi, tapi lokasi spesifiknya di Desa Huangsha.

Malah, dikhabarkan petugas memusnahkan semua ayam dan anjing setelah dua orang petugas itu disahkan terkena jangkitan tersebut pada hari Isnin 10/2/2020 lepas.

24658960 7996217 Image M 35 1581528912488 24658962 7996217 Image A 36 1581528920459

 

Alasan anjing ada serang orang

Ada lagi satu video viral menunjukkan seorang lelaki melakukan perbuatan yang sama pada hari Rabu 12/2/2020 di sebiah kompleks perumahan di Nanching, Sichuan.

Pukul anjing sampai anjing tu tak bergera.

Perbuatan kejam itu dikecam dan ditentang hebat orang netizen kerana menyalah gunakan kuasa mereka membunuh haiwan tanpa usul periksa dan menggunakan alasan Coronavirus.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di sana membantah dakwaan netizen dengan mengatakan bahawa video itu menunjukkan para pekerja mereka manjalankan tugas dengan betul kerana anjing itu telah menyerang penduduk dan menyebabkan rasa panik.

24600932 7990437 Image A 40 1581424481085 24600934 7990437 Image M 39 1581424475356

 

Diperintah bunuh haiwan peliharaan

Lebih teruk lagi, Tribunnews melaporkan bahawa masyarakat di seluruh China diperintahkan untuk menyingkirkan haiwan peliharaan mereka, jika enggan menuruti petugas akan musnahkannya. Ia berikutan dengan penyebaran Coronavirus yang merbahaya itu.

Allahuakbar makan haiwan pelik-pelik, diaorang juga yang jadi mangsa, bukannya diaorang yang makan, tuan yang makan.

 

Baca : [Video] Rakaman Rumah Pesakit Coronavirus Dikimpal Supaya Mati Kebuluran

Coroba