Mempunyai kebimbangan adalah perkara yang sangat semula jadi. Walau bagaimanapun, jika anda sering berasa terlalu cemas tanpa sebab yang munasabah, anda mungkin mengalami gangguan anxiety atau kegusaran yang melampau, juga dikenali sebagai anxiety disorder.
Pakar motivasi terkenal Dato Dr Fadzilah Kamsah menerusi laman Twitter miliknya berkongsi 7 petanda anxiety yang ada pada anda dan mungkin tidak disedari.
Tanda kamu ada anxiety yang tak disedari:
1. Biarkan whatsapp tak dibaca sepanjang hari.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) January 30, 2023
#1 Biarkan WhatsApp tak dibaca sepanjang hari
Menurut sumber, mereka yang mempunyai masalah anxiety cenderung untuk tidak membalas mesej kerana mereka ingin menjauhkan diri daripada ‘realiti’ dan sangat risaukan respon atau dalam kata lain mereka mudah overthink.
#2 Salahkan diri sendiri terhadap benda yang dah berlaku dan di luar kawalan kamu
Percaya atau tidak, menyalahkan diri ini adalah mekanisme pertahanan (coping mechanism). Anxiety melibatkan kebimbangan yang berlebihan dan ketakutan bahawa perkara negatif akan berlaku.
#3 Double check benda yang dah confirm
Apabila fikiran negatif terlintas di minda, ia menimbulkan reaksi yang tidak selesa dalam badan dan disebabkan itu mereka yang bertarung dengan anxiety sentiasa periksa segalanya dengan terperinci.
#4 Tak sedar dah mengelamun lebih 15 minit
Menurut WebMd, mengelamun berlebihan selalunya merupakan cara untuk melarikan diri dari keadaan semasa.
Itulah sebabnya ia lebih kerap berlaku pada orang yang mengalami kemurungan dan kebimbangan.
#5 Hilang selera makan
Apabila anda mengalami anxiety, tindak balas fight-or-flight anda bermula dan menyebabkan sistem saraf pusat mengeluarkan hormon tekanan tertentu.
Hormon tekanan ini boleh melambatkan penghadaman, kelaparan, dan selera makan anda.
#6 Benci orang tanpa sebab
Social anxiety pula boleh menyukarkan anda untuk berinteraksi dengan orang lain dan membawa kepada emosi seperti gementar, ketakutan, dan malu.
#7 Liat nak solat dan beribadah
Ada pendapat mengatakan, bagi mereka yang menghidap anxiety, doa atau ibadah mungkin terasa seperti percubaan yang tidak berjaya untuk memupuk dan mengekalkan hubungan intim dengan Tuhan.
Di akhir thread berkenaan, Dr Fadzilah Kamsah berpesan kepada semua agar menerapkan gaya hidup yang lebih sihat jika tidak mahu anxiety ini melarat.
Anak cucu Tok Abah sekalian,
Jangan biar penyakit ini melarat dalam diri. Ubah cara makan, ubah cara tidur dan keluar dari circle toksik. Bina kehidupan baharu yang lebih sihat dan gemilang.
Lalui dengan senyuman. Kamu kuat, nak!
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) January 30, 2023
Kekal kuat ok gais!
Baca: Tampar Housemate Sebab Masak Pukul 5 Pagi, Gadis ‘Claim’ Kononnya Ada Masalah ‘Anxiety’