in

“What the fish” – Tugu Ikan di Maghribi Terpaksa Dimusnahkan Sebab Lucah, Nampak Macam Kemaluan Lelaki

tugu ikan

Tugu seharusnya menjadi kebanggaan penduduk setempat di sesuatu bandar, negeri atau negara. Tapi, lain pula yang jadi di sebuah bandar dekat Maghribi di mana tugu terpaksa dimusnahkan selepas didesak oleh rakyat mereka sendiri.

Menurut laporan, tugu dua ekor ikan di sebuah roundabout dekat bandar Mehdia yang terletak di wilayah Kenitra, Maghribi telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial lepas gambarnya viral.

Selepas menjadi viral, ramai netizen di sana membuat aduan dan mengkritik tugu itu nampak lucah kerana menyerupai kemaluan lelaki. Huh seriouslahhhh?

Korang tengok sendiri dekat bawah, apa pendapat korang?

tugu1

Tugu yang berbentuk dua ekor ikan seperti melompat dari air telah menyebabkan berlaku persilisihan pendapat antara penduduk Maghribi di mana rata-ratanya marah. Disebabkan itu, ramai yang mendesak pihak kerajaan tempatan untuk memusnahkannya.

Pihak berkuasa di sana mengakui tentang kemarahan ramai netizen di media sosial namun mereka menafikan tentang tugu itu ada kaitan dengan ereksi dan berbentuk zakar.

Apa yang membuatkan netizen marah adalah kerana menurut mereka tugu itu agak melampau kerana menyerupai zakar dan pada mereka duit untuk membina tugu itu boleh digunakan untuk ubah suai, baik pulih atau naik taraf benda lain di bandar tersebut.

tugu2

Untuk pengetahuan semua, bandar Mehdia terletak di tepi pantai jadi tidak hairanlah jika ikan dipilih menjadi tugu di sana. Difahamkan, sejak mendapat banyak kritikan pekerja sudah mula melakukan kerja-kerja meroboh tugu tersebut.

Baca: Gabenor Beirut Menangis Saat Lihat Bandar Musnah, Lubnan Bersumpah Cari Dalang Letupan

hassan diab

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun