Sporting habis dekan ni! Seorang lelaki ada kongsi video dekat Twitter yang menunjukkan rakan kelas dia berbangsa Cina yang cuba terangkan sesuatu.
Menurut Adam, rakan wanitanya itu baru je dapat tahu dan faham maksud sebenarnya istilah nasi kangkang. Bukan tu je, yang comelnya bila dah faham tu dia semangat nak explain dekat semua orang dan salah seorangnya adalah dekan dorang!
https://twitter.com/adamzainaal/status/1181792922548588544
Video ini dirakamkan pada tahun 2017 tapi dimuat naik baru-baru ni. Bukan setakat suka dengan cara rakan Adam yang comel tapi netizen juga terhibur dengan reaksi dekan fakulti mereka.
Sebenarnya dekan mereka tu memang suka bagi reaksi yang macam tu! Bukan setakat dalam video tu tapi Adam ada upload GIF tunjuk camera cut dekat dekan waktu konvokesyen.
Ramai yang komen pasal dekan fakulti mereka termasuklah yang cakap rakan Adam ni cute sangat waktu dia semangat nak explain pasal nasi kangkang tu. Yela, dah sah sah dekan tu tau maksud nasi kangkang tapi dia layankan je. Haha!
“Lecturer macam nak tak nak je dengar ?”
“Chill teruk dean.”
“Comelnya kawan you!”
“Dean tu macam ‘apa bendalah yang bukan bukan kau ajar budak ni ?’.”
Admin pun terhibur tengok reaction dean ni. Sempoi and sporting je layankan student haha!