Hujung tahun begini, ramai di kalangan pengantin sudah pastinya membuat perancangan untuk mengadakan kenduri kahwin setelah sekian lama tertangguh akibat pandemik COVID 19.
Walau bagaimanapun, akibat situasi banjir yang melanda, sepasang pengantin ini telah mengambil keputusan untuk membatalkan majlis kenduri kahwin mereka dan sedekah lauk kenduri itu kepada yang memerlukan. Wahhh!
Buat kenduri di pusat pemindahan mangsa banjir
Menerusi perkongsian TikTok @erinerene, majlis perkahwinan pasangan pengantin tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab banjir.
Walau bagaimanapun mereka akhirnya memutuskan untuk membuat agihan makanan lauk pengantin ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.
https://www.tiktok.com/@erinerene/video/7043263805052292379?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8CzoPq3hvDLh%2BHc6a8qKSxlHdztn7Y26c8fQQUpQz9j%2BJJCWSyULJ5y4g82Yb%2Ba5jkLp5givKvKOAXl3xGgA%3D&checksum=e4540db4c27e966ccf60b219a63fb0e4dfdd0deb4d72194d6dfc8be4c248dab9&language=en&mid=7024126569400519451&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7043263805052292379&share_link_id=1EEC5C2D-44DE-4EF9-820B-69DFE1AFFD73&source=h5_t×tamp=1639968650&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menurutnya lagi, pihak catering juga turut turun padang memberi 300 pax makanan buat orang ramai. Syukur Alhamdulillah!
“Moga perkahwinan ini membawa seribu rahmat”
Perkara tersebut telah mendapat pujian para netizen yang terharu dengan tindakan pengantin, malah ramai juga pada masa yang sama mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini dirahmati.
Inilah baru betul wedding of the year! Semoga pasangan ini diberkatiNYA.
Baca: MP Bangi Berkayak ‘Non-stop’ Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan Mangsa Banjir