in

Waspada, Jangan Mudah Terpedaya Dengan Akaun Palsu Yang Mendakwa Dirinya Sultan Ibrahim!

Akaun Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mendedahkan kewujudan akaun palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Malah, akaun tersebut turut menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran. 


Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pihak istana menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada. 

Pihak istana juga menegaskan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan akaun-akaun palsu yang sering digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai di Facebook serta platform media sosial lain.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” jelas kenyataan tersebut.

Artikel berkaitan: Bimbang Banyak Maklumat Salah, TikTok Padam Lebih 30 Juta Akaun Palsu

Artikel berkaitan: Lelaki 34 Tahun Buat Akaun Palsu Guna Nama ‘Sharon Liew’ Tweet Pasal Hal Racist Ditahan

481481577 1200532894764663 5156753650162804386 n
Tangkap layar yang di muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Lebih membimbangkan, beberapa tangkap layar turut dikongsikan dalam hantaran itu yang menunjukkan akaun palsu berkenaan di platform X (Twitter), siap dengan pelbagai hantaran bagi mengelirukan pengguna media sosial.

Pihak istana juga menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan ini.

Malah, ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku. Sebelum ini, pernah dilaporkan terdapat akaun palsu yang menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di platform Instagram. 

Kalau jumpa akaun mencurigakan, jangan ragu-ragu untuk laporkan kepada pihak berkuasa atau platform media sosial supaya ia boleh disekat sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa!

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.