in

Terima Kekalahan Dengan Jeritan, Netizen Puji Sikap Pesilat Peluk Lawan Selepas Kalah

Untitled Project 83

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menang atau kalah adalah adat perlawanan. Pesilat yang menang akan disanjung dan pesilat yang kalah akan dikritik. Kebiasaannya pemenang akan meraikan kemenangan dengan sorakkan dan jeritan kegembiraan.

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular satu video di mana seorang pesilat lelaki meraikan kekelahannya dengan jeritan sehingga mengakibatkan penonton keliru.


Kejadian itu dirakam dan terlihat reaksi wajah wasit dan pemenang terkejut melihat aksi pesilat itu.

Artikel berkaitan:“Bunga dia cantik!”- [VIDEO] Walaupun Berbaju Kurung, Ramai Puji Aksi Silat Budak Perempuan Ini

Artikel berkaitan: Atlet Silat Sabah Jawab Persoalan Kenapa Pakai Tudung Walaupun Beragama Kristian

Kemudian pesilat itu memeluk pemenang dengan sikap sportsmanship yang tinggi. Macam inilah kita mahukan!

Rata-rata netizen memberikan komen positif kerana sikap pesilat itu.

“Stress kalah tu tapi dia peluk lawan tu respek.

“Wasit pun pening sapa menang ni.

“Tak dapat e-madani lar tu,” antara komen netizen.

Bukan wasit je, penonton pun keliru siapa menang.

Yang penting sikap professional tu ada dan kedua-dua pesilat steady!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.