Sebagai penduduk di sini, bangunan bank yang ada di merata-rata tempat cumalah satu pemandangan biasa. Tapi, siapa sangka bangunan yang dilihat biasa ini rupanya ada tarikan buat pelancong luar.
Baru-baru ini, heboh diperkatakan sebuah bangunan Maybank yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan menjadi tempat tarikan bergambar dalam kalangan pelancong dari China.
Pastinya kita yang melihat ‘kegilaan’ pelancong luar bergambar menggunakan latar belakang bangunan bank terbabit berasa hairan dan tertanya-tanya mengapa ia boleh menjadi tumpuan.
Artikel berkaitan: Maybank Di Kota Kinabalu Ini Jadi Spot Tarikan Pelancong Luar Untuk Bergambar
Artikel berkaitan: Tak Hirau Bahaya, Pelancong Bergambar Di Jalan Raya KLCC Semata Nak ‘Spot’ Cantik
Demi mengetahui sebab di sebaliknya, Sabah Info telah menemubual beberapa pelancong yang berada di lokasi tersebut.
Menurut salah seorang pelancong itu, mereka tertarik untuk bergambar dengan latar belakang bangunan terbabit kerana warna papan tanda berwarna kuning itu sangat menyerlah sekali gus menaikkan mood yang positif.
“Warnanya sangat menyerlah dan saya fikir ia menjadikan kami tenang, sekaligus membuatkan mood kami sangat gembira,” katanya.
@sabah_info Kami turun gaya street tanya pelancong. (Tolonglah kekalkan ni tempat ?)
Ujar mereka lagi, lokasi ini meraih populariti di media sosial mereka yang dikenali sebagai Xiangshou atau RED sehingga membuatkan ramai merasa tertarik dengan keunikan yang terdapat pada bangunan ini.
Ada yang mengatakan ramai pempengaruh dari sana yang bergambar di lokasi tersebut yang membuatkan mereka tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman di situ.
Tak sangka, cantik juga gambar-gambar yang diorang ambil ni!
Sumber: TikTok