in

Waris Sultan Sulu Rampas 2 Anak Syarikat Petronas Bernilai Lebih RM8 Bilion, MP Minta PM Beri Penjelasan

collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Financial Times melaporkan bahawa dua anak syarikat milik Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris Kesultanan Sulu ekoran tuntutan undang-undang yang dibuat bernilai USD15 bilion berhubung perjanjian yang telah ditandatangani 144 tahun lalu.

Dua anak syarikat tersebut merupakan Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus yang menguruskan kepentingan gas syarikat tenaga milik negara Malaysia di Azerbaijan yang bernilai lebih RM8.8 bilion.


Perampasan ini dibuat ekoran tindakan undang-undang yang dilancarkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 2017 bagi mendapatkan pampasan tuntutan tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang kepada syarikat perdagangan Britain pada 1878 sebelum penemuan sumber asli di kawasan tersebut.

Ekoran ini, The Edge Markets melaporkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng telah meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri untuk membuat siaran langsung menjelaskan bagaimana aset negara di bawah Petroliam Nasional Bhd boleh dirampas.

Lahad Datu reuters11

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Lip Eng mengatakan laporan tersebut telah menyebabkan nama Malaysia sekali lagi mendapat perhatian untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

Kita sekali lagi dimalukan selepas kekecohan yang berlaku oleh kerana 1MDB sebelum ini.

Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memberitahu rakyat Malaysia langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk melindungi aset-aset kita yang lain di luar negara dari dirampas.

Rakyat juga mahu tahu adakah 167 aset Malaysia di 167 negara yang telah ditandatangani di bawah Konvensyen New York kini dalam proses untuk diambil alih oleh waris Kesultanan Sulu.”

Manakala Petronas mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang dua aset mereka ini telah pun diberikan notis Saisie-arret pada 11 Julai dan merasakan ia tidak berasas dan akan berusaha untuk mempertahan kedudukan dua anak syarikatnya itu.

 

Baca: “10 years with Petronas” – Kecoh Lewis Hamilton Ada Di Malaysia, Rupanya Buat Rakaman Iklan?page lewis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.