in

Waris Mangsa Tragedi Kepala Air Pintasan Saloma Terima Faedah Sepanjang Hayat – PERKESO

ft perkeso mendiang pintasan saloma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waris kepada mendiang Suresh a/l Kamalanathan, 37, iaitu mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Pintasan Saloma baru-baru ini, disahkan layak menerima perlindungan penuh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kelayakan ini disahkan selepas tindakan segera oleh PERKESO yang menghubungi majikan mendiang bagi melunaskan caruman tertunggak, sekali gus mengekalkan status mendiang sebagai pencarum aktif.


@bbp.titiwangsa 12 lelaki berjaya diselamatkan Oleh pihak Bomba Dan seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma Yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang, petang tadi. #pintasansaloma #lemas #kepalaair #akleh ♬ The Champion – Lux-Inspira

Mendiang Suresh, yang bertugas sebagai penyelia di syarikat kontraktor Palladium Builders Sdn. Bhd., merupakan pencarum sah di bawah skim LINDUNG Pekerja menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Walau bagaimanapun, semakan awal PERKESO mendapati rekod caruman terakhir mendiang adalah pada April 2025.

Menyedari keadaan ini, PERKESO segera menghubungi majikan. Hasil tindakan pantas ini, caruman tertunggak mendiang dari Mei hingga Oktober 2025 telah dilunaskan sepenuhnya pada 18 November lalu.

“Ia sekali gus mengekalkan status mendiang sebagai pencarum aktif dan memastikan warisnya layak menerima perlindungan penuh daripada PERKESO.” 

Waris Terima Faedah Bulanan RM2,655

Isteri mendiang, Shalini Devi a/p A Prupakaran, 31, bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun, Pratezwaran, kini disahkan layak menerima perlindungan kewangan yang signifikan.

Waris mendiang akan menerima:

  • Faedah Orang Tanggungan (FOT): Sebanyak RM2,655 sebulan mengikut syer masing-masing.

  • Faedah Pengurusan Mayat (FPM): Sebanyak RM3,000 secara pembayaran sekali gus (one-off).

Media sebelum ini melaporkan, tragedi kepala air berlaku pada kira-kira jam 5.40 petang, 17 November lalu. Mendiang Suresh dihanyutkan oleh arus deras ketika cuba mengalihkan sebuah kenderaan di bawah jambatan selepas menyedari kehadiran kepala air.

Screenshot 2025 11 18 131946 531x459 1

Walaupun 12 pekerja lain di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan diri, mangsa disahkan hilang sebelum mayat mendiang ditemukan empat hari kemudian, kira-kira 45 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Artikel berkaitan : “Abang pandai berenang, ada ajar orang berenang, tapi..”- Adik Mangsa Hanyut Kepala Air

Artikel berkaitan : 9.6 Juta Pencarum Dilindungi 24 Jam : PERKESO Perluas Jaringan Keselamatan Sosial Melalui LINDUNG 24/7

PERKESO dalam satu kenyataan turut menzahirkan rasa simpati dan berharap agar keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini. PERKESO turut memberi jaminan bahawa proses tuntutan faedah akan berjalan lancar dan berjanji akan melaksanakan Program Ziarah Prihatin dalam masa terdekat sebagai tanda cakna terhadap keluarga mangsa.

Dalam masa yang sama, PERKESO mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua majikan agar sentiasa memastikan caruman pekerja dikemas kini dan tiada tunggakan, terutamanya bagi pekerja yang berkhidmat dalam persekitaran yang berisiko tinggi.

Sumber : PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.