Seorang peguam yang dikenali sebagai Mahmud Jumaat menerusi Facebook telah mengingatkan orang ramai khusunya pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam menulis komen tentang keputusan penghakiman kes arwah Zulfarhan Osman.
Beliau faham ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman kes tersebut
Namun, dalam masa yang sama, menurut peguam tersebut, beliau risau melihat ada sesetengah warganet yang dilihat terlalu beremosi sehingga menuduh Panel-Panel Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan mengambil rasuah dan membuat penghakiman berhubung kes tersebut atas dasar duit.
Artikel Berkaitan: Mahkamah Ketepikan Hukuman Gantung Bekas Penuntut UPNM, Kekal Penjara 18 Tahun
Artikel berkaitan: Peguam Bekas Pelajar UPNM Anggap Hukuman Mati Tidak Selamat & Perlu Diketepikan
Namun, yang merisaukan saya, ramai pihak yang saya lihat terlalu beremosi sehingga menuduh Panel-Panel Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan mengambil rasuah, membuat penghakiman atas dasar duit, akan dilaknat Allah SWT dan pengataan keji yang lain, saya rasakan ini adalah terlalu extreme dan keterlaluan.Saya ingin tegaskan sebagai pengamal undang-undang, tanggungjawab dan amanah yang digalas oleh Yang Amat Arif Hakim amatlah besar dalam membuat sesuatu penghakiman, ” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Sumber: Facebook Mahmud Jumaat