in

Warganegara China Pakai Niqab & Berjubah, Menyamar Jadi Wanita Muslim Untuk Mengemis Di KL

warganegara china menyamar muslim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pengemis dalam kalangan warga asing bukanlah sesuatu perkara baharu. Ada kalanya sikap kalangan pengemis yang bertindak agresif menimbulkan kebimbangan orang awam dan mereka semakin ramai dilihat berkeliaran di jalanan khususnya di sekitar ibu kota.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seorang wanita warganegara China yang memakai niqab serta berjubah untuk menyamar sebagai seorang Muslim ketika mengemis dalam satu serbuan baru-baru ini.


Artikel berkaitan: Pernah Viral Tunjuk Jari Tengah Lepas Minta Sedekah, Pasangan Arab Ini Ditahan Polis

Artikel berkaitan: “Income dia lagi masyuk” – Ramai ‘Cemburu’ Tengok Lelaki Ini Kira Duit Didakwa Hasil Mengemis

Screenshot 2023 10 06 173216

Wanita warga China itu merupakan antara lapan individu ditahan JIM dalam satu operasi bagi menggempur pengemis warga asing di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, penahanan itu turut melibatkan seorang lelaki China selain beberapa warganegara yang berasal dari Pakistan dan Jordan.

“Kesemua mereka berumur di antara lapan bulan hingga 78 tahun. Salah seorang warga asing yang diperiksa telah membuat provokasi dengan berpura-pura mengalami kesakitan dan pengsan serta cuba untuk melarikan diri apabila pegawai operasi bertindak untuk membantu.

“Selain daripada itu, seorang perempuan warganegara China juga dikesan menyamar sebagai seorang wanita muslim dengan memakai niqab untuk menutup identiti sebenarnya yang bukan seorang muslim,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh.

Menurutnya, pengemis lain yang ditahan turut memakai niqab dan menggunakan kanak-kanak bagi meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.