Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menzahirkan rasa kesal kerana kebanyakan rakyat di negara itu lebih suka mendapatkan rawatan di negara luar berbanding negara sendiri.
Katanya di Twitter pada 6 Mac lepas, hampir 2 juta rakyat Indonesia masih memilih untuk mendapatkan rawatan ke luar negara setiap tahun. Katanya, lebih kurang 1 juta orang akan ke Malaysia, 750 ribu ke Singapura, selebihnya di Jepun, Amerika, Jerman dan lain-lain.
Oleh sebab itu kerajaan di negara tersebut telah kerugian sebanyak Rp165 triliun (RM48 bilion). Disebabkan itu, kerajaan telah membangunkan hospital bertaraf internasional. Pada tarikh tersebut, beliau telah merasmikan Mayapada Hospital Bandung itu.
“Kehadiran rumah sakit modern dapat mengurangi jumlah masyarakat berobat ke luar negeri.”
Karena itulah, pemerintah mendukung penuh pembangunan rumah sakit berstandar internasional. Seperti hari ini, saya meresmikan Mayapada Hospital Bandung, yang mengusung tema green hospital.
Kehadiran rumah sakit modern dapat mengurangi jumlah masyarakat berobat ke luar negeri. pic.twitter.com/Z4GOoQXBrE
— Joko Widodo (@jokowi) March 6, 2023
Berkenaan dengan perkara itu, ramai rakyat Indonesia memberi respon dengan menceritakan pengalaman buruk mereka ketika mendapatkan rawatan di hospital tempatan.
Ada netizen yang turut mempertikai dan mempersoalkan intergriti doktor-doktor di negara itu. Menurut mereka, ramai doktor yang suka membuat kesimpulan dengan cepat tanpa membuat pemeriksaan.
Dalam pada itu, ada juga beberapa individu menceritakan pengalaman mereka mendapatkan rawatan di negara ini berbanding di negara tersebut.
“Aku baru menjalani pembedahan tahun 2023 ni, sebab berlaku kesilapan dalam pembedahan sebelum ini, lepas pembedahan itu, aku bernanah, sampai aku fikir yang aku akan mati.”
“Bila aku dah sampai Penang, doktor dah tahu aku sakit apa tanpa perlu tunjuk foto, masa doktor tanya saya ada foto atau tidak, dia kata tak ada.”
“Bagaimanapun berdasarkan pemeriksaan doktor dekat bekas jahitan aku, doktor kata pembedahan aku sebelum ini tak bersih.”
Pakde nanya ?
Ini mbaknya ksh tertimoni kenapa banyak org indo berobat ke penang.. pic.twitter.com/eaOCDmPOOq— umma nanaj 💜💙🌷🇵🇸 (@ukhtielya) March 7, 2023
Hurm, menurut wanita ini lagi doktor kat Malaysia ini jenis on time. Apapun, harap perkara ini dapatlah dibendung.
Baca : Tular Video ‘Pak Guard’ Larang Wanita Berseluar Pendek Masuk Hospital, Ini Respon HTAA