in

Warga Emas Rentung Akibat Mesin Rumput Terbakar, Mayat Ditemui 2 Hari Kemudian Depan Rumah

pemotong rumput

Tidak lama dulu, ada dilaporkan penemuan mayat seorang lelaki pemotong rumput yang rentung di hadapan laman sebuah rumah dekat Jejawi, Arau.

Hari ini, polis telah mengesahkan mayat tersebut merupakan pemilik kediaman di lokasi mangsa ditemui.

Pihak polis walau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran identiti mangsa dan sebaliknya mengatakan bahawa mangsa adalah seorang pesara Telekom Malaysia yang berusia 75 tahun.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai maut akibat terkena api yang menyambar pada tubuhnya selepas mesin rumput itu terbakar.

GW 2byybIAAj0AN

Jarak mangsa ditemui dengan mesin rumput yang terbakar itu adalah sekitar dua meter di hadapan laman rumahnya yang terletak di Jalan Besar KM4 Jejawi itu.

Mangsa ditemui maut di halaman rumah oleh orang awam yang sedang melalui kawasan bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) Jejawi yang terletak bersebelahan dengan kawasan rumah mangsa.

“Saksi yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa MP Kangar berusia 47 tahun itu menyangka ia adalah patung ketika itu namun setelah menghampiri lokasi kejadian mendapati, ia adalah mayat terbakar dan segera menghubungi polis.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring terlentang dan terbakar dan mayatnya sudah mulai mengembung di kawasan halaman berumput di hadapan rumah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Kedai Nasi Kandar Di Bangsar Rentung, Mangsa Melecur 80% Dalam Kebakaran

Artikel berkaitan: Ibu Remaja Rentung Dalam Tandas Tak Puas Hati Keputusan Mahkamah, Mahu Saman Ganti Rugi

Isteri uzur, hanya tinggal di dalam rumah

Difahamkan lokasi kejadian juga menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan serta tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

Hasil temubual dengan isteri mangsa juga mengesahkan yang dia tidak nampak kelibat suaminya sejak dua hari lalu sehingga mayatnya ditemui semalam.

retom 1725802277

Semakan keadaan balu mangsa mendapati dia agak uzur dan mengalami masalah kesihatan serta hanya tinggal di dalam rumah sahaja.

“Adiknya juga menyatakan bahawa dia pernah melihat mangsa memotong rumput sendirian di kediaman mangsa sebelum ini,” katanya lagi.

Tempoh kematian mangsa dianggarkan sekitar dua hari bermula pagi Sabtu. Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat pada hari ini bagi mengenalpasti punca kematian dan formaliti pengecaman identiti mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Takziah buat keluarga mangsa. Al fatihah… 

Sumber: Buletin TV3

Sumber: X
Sumber: BH