Melalui sebuah video yang viral baru-baru ini, seorang warga emas dipercayai pesakit Covid-19 dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil wad untuk berdiri meminta bantuan. Menurut FMT, warga emas tersebut kemudian rebah namun tiada sesiapa dilihat datang membantunya.
Difahamkan, kejadian tersebut didakwa telah dirakamkan di sebuah wad hospital di Kedah dan selepas tularnya video itu, pelbagai tanda tanya dan reaksi timbul kerana dikatakan mencetuskan kemarahan warganet.
Terbaring atas lantai, meninggal 40 minit kemudian
Berdasarkan laporan, warga emas tersebut didakwa terbaring di lantai tanpa ada yang datang menjenguknya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian. Menerusi beberapa video, dia yang cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain itu dilihat sangat lemah di lokasi yang dipercayai adalah wad Covid-19.
Kejadian itu dikatakan berlaku di hospital kerajaan berdasarkan jubah hijau dipakai oleh pesakit lain yang dilihat berada di lokasi tersebut. Menurut FMT, video itu dihantar dengan satu mesej yang mendakwa seorang pesakit telah memaklumkan kepada jururawat bertugas tentang keadaan warga emas terbabit namun hanya disuruh,
Periksa sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak.”
JKN nafi tidak mempedulikan pesakit, insiden sedang disiasat
Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo menjafikan dakwaan petugas di wad Covid-19 Hospital Lama Sungai Petani lambat memberi tindak balas dan rawatan kepada warga emas tersebut sehingga meninggal dunia di atas lantai.
Pihaknya kini sedang mengumpul maklumat tentang insiden yang berlaku itu dan telah mengdakan perbincangan dengan petugas-petugas terlibat untuk melengkapkan siasatan.
Kami telah mengadakan perbincangan dengan pegawai dan jururawat terlibat dan kita sedang sediakan laporan (lengkap)…ya, kejadian berlaku di Hospital Lama Sungai Petani di wad Covid-19 dan memang betul pesakit itu meninggal dunia.”
Tapi (maklumat awal) yang mengatakan tindak balas petugas lambat itu tidak benar, kami akan keluarkan kenyataan lengkap untuk pihak media nanti.”