in

Warga Emas Cedera ‘Dibantai’ Pengguna Jalan Raya, Jadi Punca Rider Maut Dalam Kemalangan

Ft U Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang lelaki yang berusia 57 tahun cedera selepas dipukul pengguna jalan raya yang berang disebabkan dia menjadi punca seorang penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi mangsa cedera.

Menurut Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9.15 malam Sabtu, 9 Januari 2021 di Kilometer 13, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil.


Pada hari kejadian, warga emas berkenaan yang memandu Proton Saga telah membuat pusingan U untuk kembali ke arah Sungai Petani. Disebabkan itu, mangsa yang berusia 22 tahun cuba mengelak ke kiri namun gagal lalu melanggar bahagian belakang Proton Saga terbabit.

Motosikal yang ditunggangi mangsa yang maut, sebuah lagi motosikal ditunggangi remaja 18 tahun tidak sempat mengelak lalu keduanya melanggar bahagian kanan Proton Saga berkenaan. 

U Mangsa

U Mangsa 2

Bukan itu sahaja, malah kemalangan itu juga menyebabkan sebuah Proton Viva yang dipandu lelaki berusia 60 tahun juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan Proton Saga dan melanggar pula mangsa yang meninggal dunia itu. 

Kemudian penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun yang juga operator kilang cuba mengelak ke kiri, lalu jatuh sendiri.

Menurut pihak polis, pemandu Proton Saga dan penunggang yang keenam tidak cedera, tetapi penunggang motosikal kedua, keempat dan pemandu Perodua Viva mengalami cedera ringan.

U Kereta Mangsa Sikit

U Motor

Apa yang menyedihkan, penunggang motosikal yang dilanggar itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dada.

Kejadian itu menyebabkan pemandu Proton Saga itu telah dipukul dengan helmet oleh pengguna jalan raya yang lain dan menyebabkannya mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Balai Polis Padang Serai sebelum dihantar ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Harian Metro

Baca: “Free je kena maki” – Selamba Buat U-Turn Tengah Jalan, Pemandu Dikecam Netizen

Baca U

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.