Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat daripada hujan telah dirempuh oleh sebuah kereta.
Lelaki warga emas itu dilaporkan cedera parah dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban, selepas Tol Sungai Besi, semalam.
[TRIGGER WARNING] Video boleh tengok di sini.
Artikel berkaitan: Anak Bongsu Menyusul ‘Pergi’ Selepas Sebulan Isteri & Anak Pertama Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Artikel berkaitan: Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat Merah
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata video kejadian melibatkan penunggang motosikal berusia 76 tahun itu tular di media sosial pada jam 8.40 malam semalam.
Menurutnya, pemandu berusia 40 tahun itu juga sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati sebuah motosikal berkenaan berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/0269 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Harian Metro