Pelari maraton boleh dianggap sebagai antara atlet yang sangat mementingkan kesihatan diri baik daripada segi fizikal ataupun mental.
Disebabkan itu, ada pelari yang sanggup berabis wang melakukan pelbagai persediaan termasuklah latihan intensif, diet dan berjumpa doktor pakar.
Pun begitu, seorang lelaki di China mencuri tumpuan ramai bukan kerana usianya dan masa yang diambil untuk menghabiskan sesebuah maraton tetapi kerana tindakan anehnya yang tidak berhenti merokok sepanjang bertanding.
Memetik laporan DailyMail, Chen, 50, dikenali dengan jolokan nama ‘Smoking Brother’ selepas gambarnya menyertai pertandingan maraton sambil merokok tular di media sosial.
Baru-baru ini pula, warga emas ini telah menyertai Xin’anjiang Marathon di Jiande, China yang memerlukan pelari melengkapkan larian sejauh 42 kilometer.
Difahamkan, sepanjang berlari, Chen dirakam beberapa kali menyalakan rokok dengan selamba.
Kalau korang nak tahu, Chen berjaya tau habiskan maraton ni dalam masa tiga jam 28 minit dan 45 saat. Warga emas ini telah pun meraih tempat ke-574 daripada 1,500 peserta.
Rupanya bukan first time!
Siasat punya siasat rupanya ni bukan pertama kali Chen sertai maraton sambil merokok tau.
Pada tahun 2018 dan 2019, Chen menyertai Guangzhou Marathon dan Xiamen Marathon dimana dia berjaya menghabiskan pertandingan dalam masa kurang empat jam sambil merokok.
Sumber turut menyatakan, Chen pernah menyertai beberapa ultramarathon dimana dia pernah bertanding dengan jarak sejauh 50 kilometer dan ada pula yang memakan masa hingga 12 jam.
Meskipun ramai yang kagum dengan ‘kebolehan’ Chen berlari maraton sambil merokok, ramai juga yang menganggap warga emas itu merupakan contoh yang tidak baik.
Sumber: DailyMail
Baca: Pelari China Tetap Habiskan Larian Maraton Walau Tercirit Dalam Seluar Dalam!