Seorang warga emas berusia 65 tahun yang juga seorang pesara guru telah meninggal dunia akibat ditikam oleh anak lelakinya di rumah di Kampung Senaling pada petang Sabtu.
Memetik laporan Berita Harian, suspek ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga merupakan seorang OKU mental.
Difahamkan, pesara guru itu ditikam oleh anaknya dengan menggunakan senjata tajam ketika mangsa sedang mencuba untuk memujuk anaknya yang mengalami halusinasi dan mahu membunuh diri.
Ketika dipujuk, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan menikam bapanya.
Selepas menikam bapanya, suspek telah lari dari tempat kejadian dengan sebuah kereta namun dia kemudiannya ditemui dalam keadaan terbaring dan mulut berbuih di tepi jalan.
Artikel Berkaitan: Artikel berkaitan: Seorang Wanita & Anak OKU Hilang Dihanyutkan Arus Deras Ketika Banjir Di Kuala Nerang
Artikel Berkaitan: Mayat Ibu Kepada OKU Lembam Yang Dihanyutkan Banjir Ditemui, Lokasi Tidak Jauh Dari Mayat Anak
Ketika ditemui, suspek kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Menurut Superintendan Amran Mohd Ghani iaitu Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, satu kesan tikaman telah ditemui pada bahagian belakang badan pesara guru itu apabila pemeriksaan pada badannya dilakukan oleh pihak polis.
Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat.
Sumber: Berita Harian