Aktiviti menjual borang rentas negeri palsu terbongkar apabila pihak polis telah menahan 5 lelaki warganegara Indonesia di sekatan jalan raya Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara pada Isnin lalu.
Mereka mengemukakan borang rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM 30 sehelai.
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek yang berusia 24 hingga 41 tahun itu ditahan sekitar pukul 11.45 malam dalam satu pemeriksaan melibatkan sebuah bas persiaran.
Pemeriksaan mendapati lima suspek itu memiliki borang rentas negeri palsu serta tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.”
Kata A Asmadi lagi, mereka pada waktu itu dalam perjalanan dari Sungai Rengit, Johor ke Kedah atas alasan kerja. Ketika disoal, mereka berlima mendedahkan bahawa dapat surat tersebut daripada rakannya di Johor.
Berdasarkan maklumat tersebut Polis Daerah Kota Tinggi, Johor telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun.
“Suspek disyaki membuat salinan borang rentas negeri palsu ini dan menjual kepada rakan-rakan warga asing lain.”
Kes disiasat di bawah Seksyen 22(d) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1993 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63.
Baca : “Maklumat kolej pun palsu” – 2 Pelajar Kantoi PALSUKAN Borang Rentas Negeri, Dari KL Ke Kuantan