Semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan berita seorang anak kecil berusia setahun diculik dari rumah sendiri. Kehilangan Aisyah disedari ketika keluarganya bangun untuk bersahur dan dua buah telefon bimbit milik keluarga tersebut turut dicuri.
Mimpi ngeri keluarga ini akhirnya tamat selepas hampir 15 jam kehilangan Aisyah dilaporkan. Menurut Berita Harian sepasukan polis telah menjumpai Aisyah di sebuah kawasan semak dalam keadaan bersendirian berhampiran pencawang elektrik di kawasan tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.
Kira-kira jam 9 pagi tadi, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar telah menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 25 tahun bagi membantu siasatan, lapor Berita Harian. Dia dijumpai bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dicuri dalam kes berkenaan.
Hari ini, ibu mangsa, Diela Yusofe telah memuat naik tentang keadaan Aisyah di Facebook miliknya. Dia meminta orang ramai mendoakan anaknya supaya kembali pulih seperti sediakala dan hilangkan kesakitan yang dialaminya.
“Alhamdullilah. Pelaku tak pukul Aisyah dari x-ray yang dibuat. Tapi Aisyah jadi seperti ini kesan dari gigitan semut, nyamuk dan binatang-binatang kecil.”
Walaupun dalam keadaan stabil, bibir dan sekitar mulut serta sekitar leher Aisyah bernanah dan ada nanah yang keluar dari matanya. Namun begitu, Diela beryukur kerana anaknya kembali ke pangkuan dalam keadaan bernyawa.
Saya sangat bersyukur. Doa anda semua moga Allah membalas segalanya. Terima kasih kerana prihatin kepada kami.”
Syukur kerana Aisyah dah kembali ke sisi keluarganya dalam keadaan yang selamat. Semoga kejadian macam ni tak akan jadi kepada sesiapa lagi di masa hadapan. Tahniah kepada pihak polis kerana sangat pantas dan tangkas dalam mencari mangsa.
Kes ini disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Lega bila dah dijumpai!
Baca: Anak Hilang Masa Sahur