in

Wanita Warga Emas Terpaksa Hidup Merempat, Dihalau Anak Angkat Yang Dijaganya Sejak Umur 2 Tahun

1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa adalah golongan yang kita mesti hormati. Tak kiralah ibu bapa kandung ataupun angkat, semuanya perlulah dikasihi. Sebabnya, pengorbanan mereka dalam membesarkan kita adalah suatu perkara mulia yang tak boleh diganti.

Baru-baru ni, viral di negara jiran, Indonesia di mana seorang anak tergamak menghalau ibu angkatnya yang dah menjaganya seawal usia dua tahun lagi.


w3

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Berang Dihalau Keluar Dari Pesawat Lepas Anak Umur 2 Tahun Tak Pakai Mask Sebab Tengah Makan

Artikel berkaitan: Kongsi Pengalaman Perit Keluarga Pernah Dihalau, Bella Hadid Gesa Pemimpin Henti Perang Gaza

Dikatakan ibu, Siti Marbiah yang berusia 73 tahun telah dihalau anak angkatnya dari rumahnya sendiri dan terpaksa hidup merempat selama lapan bulan.

Kata peguamnya, Jallas Boang Manalu, dia tidak mempunyai seorang anak kandung pun sebelum ni namun, telah mengambil seorang anak angkat untuk dijaga.

“Anak guam (Siti) tidak mempunyai anak. Dia kemudian membesarkan seorang anak angkat bernama AY sejak berusia dua tahun.”

Tambahnya lagi, dia sering melayan anak angkatnya yang dikenali sebagai AY seperti anak kandungnya sendiri dengan memberikan segala keperluan ketika sedang membesar.

“AY dilayan seperti anaknya sendiri, dihantar ke sekolah sehingga masuk kolej dan mendapat pekerjaan yang baik.”

Akan tetapi, segala jasa pengorbanan Siti bukan dibalas dengan kebaikan, malah dibalas pula dengan kejahatan.

Dipercayai, AY telah memujuk ibu angkatnya untuk jual rumah dan tanah yang diperoleh Siti tanpa pengetahuan keluarganya. Selepas harta itu dijual, Siti menggunakan baki wang yang ada untuk beli rumah buat anaknya.

Walaupun begitu, disebabkan keengganan AY untuk dengar nasihat serta menjalankan tanggungjawab terhadap ibunya, dia pergi halau pula Siti keluar dari rumahnya sendiri.

Jadi, untuk menyelesaikan hal ini, pihak Jallas akan mengeluarkan surat hibah kepada Siti agar dia dapat duduk semula di rumahnya itu.

Korang jangan sesekali buat orang yang dah susah payah besarkan kita macam ni ye! 

Sumber: Kosmo, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.