in

Wanita Warga Emas Simbah Asid Dipenjara 12 Bulan, Tak Tahan Kena ‘Provoke’ Jadi Punca

Simbah Asid Penjara 12 Bulan

Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap wanita warga emas yang menyimbah asid terhadap peniaga roti nan sehingga menyebabkan kelecuran tahap satu.

Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Gombak, pada minggu lepas.

Saira didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, lapor Astro Awani.

Efc03141 9942 47F7 8246 09Ba36B1F281 1024X708 1

Tak tahan kena provoke dengan mangsa

Peguam yang mewakili tertuduh yang juga penganggur, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya seorang mualaf dan dalam proses perceraian dengan suaminya.

“Wanita ini sudah 32 tahun berumah tangga dengan suaminya. Bagaimanapun, tiga tahun lepas, dia mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain,” kata peguam Izleen Ismail.

Menurutnya, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi oleh mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.

“Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya,” katanya.

Mendengar rayuan itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira kecederaan dialami mangsa kerana faktor kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan peribadi tertuduh.

Sementara itu dalam prosiding sama, Saira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isteri kepada Inam pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Susulan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.

Baca: Kes Simbah Asid: Wanita Warga Emas Teresak-esak Menangis Ketika Dibawa Ke Mahkamah
Warga Emas Menangis Simbah Asid