Peningkatan kes Covid-19 di negara kita makin hari makin membimbangkan. Hari ini je, kita dah merekodkan kes positif harian tertinggi sebanyak 6,806 kes.
Perkara ini berlaku dah tentunya disebabkan tindakan segelintir individu yang masih degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan wabak ini.
Salah satunya seperti yang berlaku di Bachok, Kelantan di mana seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu telah bertindak untuk melarikan diri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kampungnya.
Dikatakan, wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an ini telah lari dari rumahnya untuk menetap dengan ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelatan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin tindakan wanita ini disedari selepas pihaknya gagal mengesan wanita tersebut walaupun namanya terdapat dalam senarai, lapor Harian Metro.
Kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.
“Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.”
Malangnya, keputusan ujian swab yang keluar pada hari raya kedua lalu menungjukkan wanita ini positif Coid-19 dan telah pun menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.
Zaini Hussin turut menambah yang wanita itu dipercayai keluar dari kampungnya selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan selain mahu menyambut Aidilfitri.