Kegembiraan pasangan muda, Supaporn Beddoes dan suaminya dalam menyambut acara tahunan Songkran berakhir dengan tragedi apabila wanita itu meninggal dunia di Parti Songkran yang diadakan di Baa Dung, Thailand.
Menurut Coconuts Bangkok, Supaporn dan suaminya telah bercadang untuk berpindah ke England selepas beberapa hari pesta tersebut diadakan. Namun semuanya tinggal kenangan apabila wanita muda ini meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca dari wayar yang rosak semasa parti tersebut diadakan.
Sikap pihak pengajur yang hanya menawarkan THB20,000 yang bersamaan RM2,571 sebagai bayaran pampasan kepada keluarga Supaporn pula menambahkan konflik di dalam kes ini. Ada ke patut?
Menurut ibu kepada mangsa, Duangchai Saengchart, 47, pihak penganjur dikatakan mempunyai masalah kewangan dan mereka hanya mampu memberi wang pampasan sebanyak itu sahaja.
Supaporn juga menurut ibunya adalah anak harapan keluarga dan wanita itu bersama suami yang baru dikahwini sepatutnya berpindah ke England untuk memulakan kehidupan baru selepas menyambut Tahun Baru Siam.
Meskipun begitu, pihak polis Thai telah bertindak untuk masuk campur dalam kes ini dan menjalankan siasatan terhadap acara tersebut. Mereka juga telah mengumpul bukti yang kukuh dari tempat kejadian dan akan mengenakan denda terhadap pihak penganjur atas alasan kecuaian. Mana mau lari haa?
Suami mangsa, Micheal Beddoes yang amat terkesan atas pemergian isterinya itu menulis di Facebook,
“Saya rindukan dia sangat-sangat. Awak berada di hati saya selamanya. RIP, sayang.”
Luahan hati suami malang itu telah mendapat perhatian netizen Thai yang rata-rata amat bersedih akan apa yang menimpa Micheal. Siapa sangka berliburan di parti boleh membawa kematian yang tidak terduga? Semoga kematian Supaporn mendapat keadilan yang selayaknya.
Malang tidak berbau… berhati-hatilah ye walau di mana anda berada!