Rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak berlindung bertukar mimpi ngeri apabila si ibu dan dua orang anaknya mengetahui ketua keluarga mereka adalah seorang pedofilia.
Cerita yang dikongsi oleh seorang wanita telah membuatkan penyampai radio Zayan.my berasa sebak kerana dia menghadapi trauma itu sejak tahun 2021.
Terpaksa gugur anak ketiga
Menerusi hantaran video TikTok @zayan.my, wanita yang dikenali sebagai Nur berkongsi kisahnya yang pernah menggugurkan anak ketiga pada penghujung tahun 2021 dan pada tahun yang sama, Nur mengetahui suaminya merupakan seorang pedofilia.
Saya sangat tertekan.. bila saya tahu saya mengandung, saya tak boleh terima keadaan tu. Sebabkan tu, saya ambil keputusan untuk tak nak anak.
Nur yang sedang mengandung 2 minggu telah meminta nasihat dan pandangan daripada doktor tentang perkara tersebut. Difahamkan, anak sulung perempuannya berusia 12 tahun juga pernah ‘diusik’ oleh si bapa.
Artikel berkaitan: “Dia ugut tak bagi duit belanja” – Wanita Kongsi Kisah Ayah Pedofilia, Adik Beradik Hidup Menderita
Artikel berkaitan: “Saya bimbang keselamatan budak tu” – Lelaki Buat TikTok Dengan Budak Perempuan & Dituduh Pedofilia Rupanya..
Pakar nasihat saya dengan keadaan dan trauma saya.. supaya gugurkan kandungan tu. Saya dalam keadaan tertekan masa tu dan ambil keputusan untuk terus gugurkan kandungan. Saya takut anak yang dalam kandungan tu melalui apa yang kakak dan abang dia lalui.
@zayan.my Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fypシ゚viral #fyp
Masih bersama dengan suami
Bagaimanapun, Nur memberitahu dia masih bersama dengan suaminya sehingga sekarang dan percaya lelaki itu akan berubah kerana lelaki itu tidak culas tanggungjawab sebagai seorang suami.
Selain itu, suami Nur juga ada membuat rawatan di hospital untuk masalah psikologi yang dihadapi.
Saya masih bersama dengan suami.. suami saya bukan seorang yang jahat… dia tak pernah abaikan tanggungjawab cuma bila berlaku masalah macam ni, keluarga saya setuju untuk bagi rawatan untuknya.
Nur yang juga seorang suri rumah pernah dianggap janda oleh orang luar kerana menyelesaikan masalah keluarga bersama kedua-dua anaknya. Dia turut mengakui trauma itu menghantui dirinya dan emosinya menjadi terlalu penat.
Fynn Jamal yang menjadi hos pada ketika itu turut berkongsi nasihat mengenai isu wanita yang terpaksa memilih suami berbanding anak.
Sentiasa pilih anak kita. Betul kita beri peluang untuk suami kita berubah tapi kita jangan lupa trauma yang mangsa hadapi.
Saya faham wanita susah nak keluar dari perkahwinan sebab masalah kewangan tapi ada NGO kat luar sana yang buat bantuan macam ni.. susah, tapi pilih anak kita. Sekurang-kurangnya anak tu nampak mak dia pilih aku dan ada peluang untuk masa depan.
@zayan.my Replying to @Insyirah InsyaAllah, respond kak Fynn berkenaan isu Nur yang berhadapan dengan suami Pedofilia 😢🍃 #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Anak #Mak #Ayah #Suami #Isteri #Keluarga #fypシ゚viral #fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih dan simpati mendengar rintihan Nur yang terpaksa menghadapi ujian itu.
Moga urusan keluarga ni dipermudahkan..
Sumber: TikTok