in

Wanita Terkejut, Halaman Rumah Diguna Oleh Jiran Untuk Tanam Cili Tanpa Minta Izin

F4 Jiran Tanam Cili Depan Laman Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah hidup berjiran kerana bukan semua orang ada common sense apabila hidup beramai-ramai dalam komuniti.

Itulah yang boleh dikatakan tentang situasi seorang wanita di Indonesia ini apabila laman rumahnya telah digunakan untuk menanam puluhan pokok cili oleh seorang individu yang tidak dikenali yang dipercayai mungkin adalah jirannya.


Wanita tersebut telah berkongsikan kejadian tersebut di TikTok baru-baru ini dan ia telah mencetus pelbagai reaksi daripada warganet.

https://www.tiktok.com/@wiwinsya/video/7309053616785018117

Artikel Berkaitan: “Ingatkan nak mencuri” – Aksi Jiran Panjat Pagar Lalu Alihkan Ampaian Terima Pujian Ramai

Artikel Berkaitan: “Takde ‘common sense’” – Penduduk Lilit Kenderaan Jiran Dengan Pita Kuning Sebab Parking Di Bahu Jalan

Dalam video yang berdurasi selama 15 saat itu, wanita yang dikenali sebagai Wiwinsya itu terkejut kerana laman rumahnya yang tidak berpenghuni itu tiba-tiba menjadi kebun cili tanpa izinnya.

Menjenguk ke ruangan komen, difahamkan bahawa rumah tersebut telah dibeli oleh wanita itu namun dia belum tinggal lagi di kediaman itu kerana rumah itu merupakan rumah secondhand dan dia perlu membuat kerja-kerja pembaikan sebelum ia sesuai untuk didiami.

Walau bagaimanapun, dapat dilihat laman rumah itu bersih tanpa semak-samun meskipun telah digunakan untuk menanam pokok cili tanpa izin tuan rumah.

Walaupun ada netizen yang mengecam tindakan jiran wanita itu yang menanam cili di laman rumah orang tanpa izin, namun ada juga berpendapat tindakan itu tidak salah kerana ia dikatakan lebih baik daripada rumah itu dinaiki semak samun dan menjadi tempat makhluk halus bersarang.

Namun, wanita itu pula mengatakan dia tidak begitu kisah jika mahu menanam pokok di lamannya itu tapi sepatutnya individu itu meminta izinnya terlebih dahulu selaku tuan rumah.

9

8 1

Betul la tu kan, kalau nak guna barang orang, kena la mintak izin dulu. Jangan main guna je sesuka hati. 

Sumber: TikTok @wiwinsya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.