in

Wanita Tak Sangka Gurauan Ajak Rakan Sekerja Jadi Menantu Akhirnya Termakbul

ft kawan menantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka keakraban di tempat kerja rupanya telah membuatkan mereka menjadi satu keluarga, hubungan persahabatan dua rakan sekerja ini bakal berubah menjadi ibu mentua dan menantu.

Ia didedahkan menerusi video tular di TikTok dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tumpang teruja apabila melihat video dengan kapsyen ringkas ‘Kawanku menantuku’ itu.


Artikel berkaitan : Gara-gara Protes Di Indonesia, Netizen Kecam Dakwa Menantu Jokowi Keti*k Berbau?

Artikel berkaitan : Menantu Kongsi Allahyarham Kamal Bakar Sangat Baik, Sanggup Carikan Durian Ketika Mengidam

Wanita yang dikenali sebagai Abidawati berkata, dia dan bakal menantu itu pada mulanya hanya sekadar rakan sekerja, jelasnya kepada mStar dan dia suka dengan perwatakan gadis itu.

“Saya dan anak lelaki, Adzryzal, kerja di restoran makanan segera tu dulu iaitu pada 2019. Setahun kemudian, baru bakal menantu saya panggil Bella, mula kerja situ.”

“Saya kru, Bella pula barista. Ia bermula dari gurau senda ‘nak jadi menantu aku tak?’ sambil gelak-gelak. Sebab saya sangat berkenan dengan perwatakan dia.”

“Hampir setiap hari saya cakap macam tu dekat dia. Lama-lama anak saya pun jatuh hati dengan Bella. Mungkin sebab saya selalu menyakat, selalu bercerita kebaikan Bella, anak saya mula berkawan dengannya.”

@beiydaazahar

Kawanku.. bakal menantuku… jodoh itu rahsia Allah..one step closer..@bell4

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

Ibu kepada empat anak yang menetap di Kapar, Selangor ini juga akui tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mengetahui kedua-dua anaknya dan rakan sekerja menjalinkan hubungan cinta selepas setahun perkenalan.

“Biasalah, kawan-kawan lain dekat tempat kerja memang kaki sakat. Hubungan kami di tempat kerja seperti biasa. Mula-mula dia panggil akak. Dekat-dekat bertunang gelaran bertukar kepada ‘umi’.”

“Tak sangka, rumah kami dekat-dekat je sebenarnya. Kadang-kadang kalau satu syif, kami pergi dan balik kerja sama-sama. Perjalanannya tak sampai 5 minit pun. Masa datang rombongan meminang hari tu pun tak sempat berpeluh, tahu-tahu dah sampai.”

Katanya lagi, bakal menantu sulungnya itu sangat lemah lembut, menghormati orang tua dan jaga batas pergaulan. Malah, antara sebab kenapa mereka rapat adalah kerana mereka ‘sekepala’ sehinggakan guna mimik muka sahaja dah boleh faham jika ingin berkomunikasi.

“Lagi satu, sebab dia barista, dia buat air sedap sangat. Dia tahu je citarasa saya yang tak suka manis sangat.”

Difahamkan bakal menantunya itu bakal melangsungkan perkahwinan bersama anak lelakinya pada hujung tahun ini dan menurut Abidawati, biarpun ketiga-tiga mereka tidak lagi bekerja di situ, ia merupakan satu kenangan yang takkan dia lupa sampai bila-bila.

Sumber : TikTok, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.