in

Wanita Sedih Dituduh Perosak Rumah Tangga Selepas Diperkosa Bapa Saudara Sendiri

Ft Childhood Trauma

Ketika ibu bapa yang menjadi sosok penting buat anak-anak, gadis kecil terpaksa mengadu nasib kepada bapa saudara yang dipanggil Pak Usu kerana ibu bapanya bercerai.

Dia banyak meluangkan masa dan menumpang kasih sayang kepada Pak Usu saat ibunya membanting tulang untuk menyara kehidupan gadis ini dan adik beradik lain.

Artikel berkaitan : Sudah Tidak Sebumbung Selama 3 Bulan, Nora Danish Mengaku Rumah Tangga Sedang Bermasalah

Artikel berkaitan : Datuk Red Enggan Cerai Isteri Pertama, Nak Pertahankan Rumah Tangga

Kata Wanita ini, Pak Usu adalah orang yang diibaratkan seperti ayah kerana sejak kecil dia dan adik beradik lain begitu rapat dan banyak membimbing mereka.

“Ibu ayah dah lama bercerai. Apabila ada Pak Usu, memang semua masalah saya kongsi dengannya tanpa ada fikiran negatif.

“Sampailah suatu hari apabila saya bergaduh dengan teman lelaki dan ingin menghubunginya tetapi telefon bimbit saya rosak. Jadi, saya buat keputusan untuk pinjam telefon Pak Usu walaupun sudah jam 3 pagi.”

Pada Ketika itu, dia sedang bersedih dan ingin meluahkan isi hari kepada Pak Usunya. Dia ditenangkan oleh ‘ayah’ itu dan memujuk dirinya.

Gadis yang dikenali sebagai Aisyah ini memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa detik itulah peristiwa hitam terjadi kepadanya apabila dia diperkosa sehinggakan dia tak mahu bercakap dengan orang lain temasuklah ibunya.

2660374

Melihat karakternya berubah secara ketara, abang kepada Aisyah terus mendesaknya membuat laporan polis selepas mengetahui hal sebenar.

“Abang desak saya buat laporan polis sebab kalau bercerita pada ibu, mungkin ibu tidak percaya. Selepas buat laporan, Pak Usu ditangkap, dibicarakan dan dipenjarakan.”

Bagaimanapun, disebabkan insiden tersebut, Aisyah yang pada waktu itu sudah memasuki umur 18 tahun dibuang dan disisihkan oleh seluruh keluarga kerana dianggap menjadi pemusnah rumah tangga Pak Usu biarpun Pak Usu sendiri mengaku bersalah. Ia sekaligus membuatkan Aisyah jadi semakin trauma.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian