in

Wanita Maut Ketika Terima Rawatan Tradisional, Pengamal Perubatan Disiasat Bawah Akta Bunuh?

collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai lagi yang masih menerima dan percaya dengan rawatan tradisional lebih-lebih lagi untuk penyakit yang tak boleh nak dirawat di hospital.

Namun baru-baru ini, pihak polis Ampang telah menerima laporan mengenai kematian seorang wanita ketika menerima rawatan tradisional.


Memetik laporan dari Harian Metro, wanita tersebut dipercayai telah mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri di hospital baru-baru ini sebelum membuat rawatan secara tradisional untuk penyakitnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah mendapat panggilan dari ibu wanita berusia 41 tahun itu mengatakan anak perempuannya telah meninggal dunia.

operasi 2523281 20220728105008

Siasatan awal mendapati, mangsa telah menerima rawatan dari seorang pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana sejak seminggu yang lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan.”

Susulan ini, pihak polis telah pun menahan wanita berusia 51 tahun itu pada 7.20 malam semalam dan akan ditahan reman.

Untuk pengetahuan korang, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

 

Baca: “Dia kata boleh segarkan saya punya” – Percaya Kaedah Tradisional, Miss V Wanita 62 Tahun Melecur Sebab Tangas

Screenshot 2022 07 28 at 1.46.27 PM 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.