Baru-baru ini tular dakwaan seorang netizen yang mendakwa ibu saudaranya meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas memakan sandwich yang dibeli di R&R Perasing.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata kes terbabit masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).
Pihaknya mengesahkan kematian seorang wanita akibat keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan basi di medan selera kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Artikel berkaitan: “Bukan semua orang mampu buat” – Netizen Puji Sikap Pekerja Pemotong Pokok Bersalaman Dengan Pemberi Makanan
Artikel berkaitan: Penuh Ulat, Universiti Malaysia Sabah Sahkan Berlaku Pencemaran Dalam Tangki Air Di Kolej Kediaman
“Mangsa telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah selepas memakan makanan yang dipercayai telah basi di Perasing, Kemaman,” katanya.
Kasemani berkata, PKD Kemaman telah mengambil sampel makanan selain memeriksa peralatan dan pengendali makanan untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, keputusan sampel terbabit sedang ditunggu bagi tindakan selanjutnya.
Peringatan untuk semua agar lebih berhati-hati dalam membeli makanan dan seharusnya lebih peka tarikh tamat tempoh.