in

Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler

syaz ft 2025 09 04T102256.804

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki tidak dapat menahan emosinya dan meraung apabila melihat isterinya digilis sebuah treler di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menghala ke Klang semalam.

Insiden pilu yang dirakam menerusi dashcam sebuah kenderaan sebelum tular di media sosial itu memaparkan lelaki terbabit berusaha menarik jasad isterinya sebaik mangsa digilis.


Artikel berkaitan: Rakyat Indonesia Berang, Polis Guna Kenderaan Taktikal G*lis Penunggang ‘Ojol’

Artikel berkaitan: Aisar Khaled Hadir Pengebumian Affan Kurniawan, Mangsa G*lis Kenderaan Taktikal Polis Indonesia

Menerusi video tular itu, dapat dilihat lelaki itu cuba menyelamatkan anak perempuannya yang dibonceng selepas motosikal dinaiki tiga beranak itu terjatuh akibat bergesel dengan treler berkenaan.

cats

Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an bersama suaminya yang berusia 40 tahun serta anak perempuan mereka berusia 10 tahun menaiki motosikal jenis SM Sport 110R.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler.

“Akibat itu, ketiga-tiga mereka terjatuh ke tengah jalan sebelum mangsa digilis sebuah treler yang berada di hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suami mangsa yang menunggang motosikal serta anak mereka hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Beliau turut berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat, manakala suami dan anaknya turut menerima rawatan di hospital sama.

Sumber: Sinar Harian, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.