Seperti yang semua sedia maklum, situasi di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kini ditahap yang membimbangkan.
Terlalu ramai pesakit dijangkiti wabak COVID 19 yang perlu dirawat sehingga hospital ini terpaksa ditutup bagi pesakit luar. Lebih menyedihkan, tular pula foto memaparkan pesakit terpaksa tidur di luar hospital kerana masalah kekurangan katil dan lain-lain.
Menerusi video TikTok seorang wanita bernama Dato’ Shareen Almashoor, dia yang dimasukkan ke HTAR baru-baru ini telah berkongsi beberapa pengalamannya sepanjang dua hari di sana.
Antara video yang menyentuh hati dikongsikannya ialah situasi pesakit yang tidur di ruang wad kecemasan hanya beralaskan katil kanvas dek kerana kekurangan katil di dalam hospital.
@tik_tok_bee Follow saya di IG @datoshareenalmashoor #fyp #fypシ #foryoupage #positivecovid #covid19 #HTAR #kkmmalaysia #viral
♬ original sound – DatoShareenAlmashoor – DatoShareenAlmashoor
Menurutnya, mereka berhadapan dengan bunyi bising daripada ambulans dan van jenazah yang kerap kali keluar masuk hospital serta habuk dan panas di kawasan itu. Perkara ini menyukarkan pesakit untuk berehat serta tidur.
Malah disebabkan kekurangan katil, pesakit juga terpaksa tidur bercampur-campur jantina lelaki dan perempuan tanpa mengira agama, bangsa dan warganegara. Kesiannya…
Kasihan dengan nasib warga emas di HTAR
Selain dari itu, wanita ini juga berkongsi nasib seorang warga emas menghidap COVID 19 yang dilihat dalam keadaan yang sangat tidak selesa apabila terpaksa tidur di satu sudut beralas katil kanvas.
Lebih menyedihkan apabila warga emas tersebut tidak pun menjamah makanannya dan air kencing dilihat berterabur di atas lantai kerana dia tidak berdaya untuk bangun ke tandas.
@tik_tok_bee Jemput follow saya di IG ya @datoshareenalmashoor. Update di story #fyp #fypシ #foryoupage #positivecovid #covid19 #HTAR #kkmmalaysia #videoviral
Akhirnya dipindahkan ke hospital swasta
Walau bagaimanapun selepas dua hari di HTAR, wanita ini akhirnya dipindahkan ke hospital swasta atas permintaannya setelah mendapat bantuan daripada beberapa pihak.
Meskipun sekejap di HTAR, dia akui telah mendapat pengalaman yang berharga serta menginsafkan dan sangat sedih dengan nasib pesakit-pesakit di sana.
@tik_tok_bee Follow sy di IG story @datoshareenalmashoor #fyp #fypシ #foryoupage #positivecovid #datoshareenalmashoor #ambulance #ambulance_tiktok #covidmalaysia
Sedih tengok situasi di HTAR. Moga frontliners kita terus kuat hadapi dugaan ini dan marilah kita doakan semoga COVID 19 ini cepat lenyap dari muka bumi ini.
Baca: Pesakit Terpaksa Baring Luar Jabatan Kecemasan, Kerajaan Hantar 60 Katil ‘Extra’ Ke HTAR